• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Sebahagian penghasilan produk Apple akan dipindah ke luar China

  • OLEH Najib
  • 7:46 pm
  • 21/02/2020
  • Komen
Apple Airpods Pro dengan penyaring hingar aktif boleh mula dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan penularan wabak COVID-19 dilihat tidak berkurangan, ia memberi kesan kepada bukan sahaja jualan malah penghasilan produk Apple. Untuk mengatasi masalah ini, Apple dilaporkan telah memindahkan penghasilan beberapa produk mereka dari China ke Taiwan.

Laporan dari Taiwan News memetik kenyataan Digitimes, Apple kini dalam usaha untuk mempelbagaikan lokasi penghasilan produk mereka akibat kesan wabak COVID-19. Apple mahu meningkatkan pengeluaran produk mereka di Taiwan secara berperingkat, sementara cuba mengekalkan hubungan baik dengan pembekal di China.



Dijangka sekurang-kurangnya 1/3 dari pengeluaran di China terpaksa direhatkan sepanjang suku pertama tahun ini dan hampir mustahil untuk mengembalikan tahap pengeluaran seperti biasa sebelum berakhirnya Februari. Ia juga dilihat agak mustahil untuk memulihkan tahap pengeluaran dalam masa 10 hari pertama bulan Mac.

Antara produk yang dipindahkan penghasilannya ke Taiwan ialah AirPods, iPad dan Apple Watch, menyertai MacBook Air dan MacBook Pro yang juga berpindah ke Taiwan lebih awal.



Awal minggu ini, Apple telah mengeluarkan kenyataan kepada pelabur bahawa mereka dijangka tidak dapat mencapai sasaran suku pertama 2020 yang ditetapkan lebih awal. Ini kerana penghasilan iPhone berhadapan masalah pengeluaran akibat kekangan di kilang. Selain itu, jualan di China juga berkurangan kerana semua Apple Store dan rakan niaga masih ditutup akibat penularan wabak COVID-19.

Sumber: Taiwan News, 9to5mac

Tags: appleCOVID-19koronavirus
Najib

Najib

POPULAR

Apple Airpods Pro dengan penyaring hingar aktif boleh mula dibeli di Malaysia

Sebahagian penghasilan produk Apple akan dipindah ke luar China

21 February 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN