• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KPDNHEP & SKMM mula menyekat pelayan yang menyiarkan kandungan terlarang

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 28/02/2020
  • Komen
KPDNHEP & SKMM mula menyekat pelayan yang menyiarkan kandungan terlarang
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat pelayan (server) yang menawarkan kandungan cetak rompak hak cipta dalam talian. Ia akan dimulakan hari ini, 24 Februari 2020.

Dengan itu, dijangka akan berlaku gangguan sambungan terhadap pengguna yang menggunakan perkhidmatan pelayan kandungan cetak rompak hak cipta, di mana pelayan ini melanggar peruntukan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987. Kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.



Tindakan ini bukanlah perkara baru kerana tahun lepas, SKMM telah menyekat 246 laman strim yang menyalurkan kandungan tidak sah ke Android Box. Malah, SKMM hampir mahu mengharamkan penjualan Android Box, langkah yang dikatakan memberi kelebihan kepada penyiar berbayar, Astro.

Baru-baru ini, SKMM telah mengeluarkan amaran kepada penjual Android Box agar tidak mengelirukan orang ramai dengan pelekat MCMC padanya. Pelekat MCMC pada Android Box hanyalah kebenaran untuk menggunakan peralatan komunikasi, bukanlah kebenaran untuk mengkases kandungan cetak rompak hak cipta.



Selain Astro, di Malaysia telah terdapat banyak penyedia kandungan hak cipta yang dibenarkan dan boleh ditonton menggunakan Android Box. Antaranya Unifi TV, Netflix, Iflix, Viu, Dimsum, Amazon prime dan banyak lagi. Ia boleh dilanggan dengan harga srendah RM10/bulan tanpa risiko didenda atau dipenjara kerana menggunakan perkhidmatan pelayan kandungan cetak rompak.

Jika anda ada pertanyaan, boleh layari portal e-aduan KPDNHEP di alamat e-aduan.kpdnhep.gov.my

Sumber: KPDNHEP

Tags: KPDNHEPSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
KPDNHEP & SKMM mula menyekat pelayan yang menyiarkan kandungan terlarang

KPDNHEP & SKMM mula menyekat pelayan yang menyiarkan kandungan terlarang

28 February 2020
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER