• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengesahan MCMC di Android Box bukan kebenaran untuk menonton kandungan haram

  • OLEH Najib
  • 9:36 am
  • 17/02/2020
  • Komen
Pengesahan MCMC di Android Box bukan kebenaran untuk menonton kandungan haram
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengeluarkan amaran tegas bahawa pemerakuan oleh SIRIM dan label MCMC terhadap kotak TV Android (Android Box TV), hanyalah untuk kebenaran membabitkan pematuhan modul WiFi dan Bluetooth mengikut standard teknikal yang dikuatkuasakan di Malaysia. Ia bukanlah kebenaran dan kelulusan memuat turun aplikasi atau menstrim sebarang kandungan yang dilindungi hakciptanya untuk digunakan secara haram.

Maksud penggunaan secara haram adalah seperti strim video dan muzik yang perlu dibayar langganannya, tetapi ditonton dan didengar tanpa membayarnya. Begitu juga untuk aplikasi yang perlu dibeli, digunakan tanpa membayarnya.



Untuk itu, SKMM memberi peringatan terutama kepada pembekal dan penjual kotak TV Android, supaya tidak menyalahgunakan label MCMC dan pemerakuan SIRIM, serta memberi maklumat palsu kepada pembeli bahawa ia adalah kebenaran untuk memuat turun dan menstrim kandungan yang dilindungi hakciptnya, secara haram.

Jika ditemui berbuat kesalahan tersebut, SKMM tidak akan teragak-agak untuk membatalkan sijil perakuan serta merampas semua kotak TV Android tersebut yang telah dijual dan masih dalam pasaran. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan berita yang tepat dan tidak terpedaya dengan penjualan kotak TV Android yang mengandungi aplikasi dan kandungan yang dilindungi hakciptanya, secara haram kerana ianya adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Tambah SKMM lagi, dari Oktober 2018 sehingga Januari 2020, sejumlah RM67,000 kompaun telah dikeluarkan terhadap empat kesalahan membeli dan menjual kotak TV Android yang tidak diperakui. Manakala tujuh lagi kes telah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda sejumlah RM194,500, dalam tempoh yang sama.

Bagi menyemak perakuan SIRIM dan MCMC, orang ramai boleh memuat turun aplikasi “Check Your Label” atau melayari laman https://ecomm.sirim.my bagi memastikan sebarang kelengkapan komunikasi yang dibeli adalah sah dan diperakui.

Sumber: SKMM

Tags: MCMCSIRIMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER