• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba Teka Telefon Apa Yang Muncul Dalam Video Muzik Eminem Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:10 pm
  • 11/03/2020
  • Komen
Cuba Teka Telefon Apa Yang Muncul Dalam Video Muzik Eminem Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tak semena-mena Eminem terbitkan video muzik untuk salah satu single terbarunya iaitu Godzilla. Seperti biasa, videonya sarat dengan mesej-mesej eksplisit dan implisit. Tapi, salah satu yang eksplisit anda boleh nampak dalam video ini ialah telefon LG V60 ThinQ yang kemunculannya tak semena-mena seperti juga muzik video ini.

Lebih kurang di saat ke-52, kelihatan seorang wanita menggunakan LG V60 untuk merakam Eminem. Agak panjang juga screen-time untuk peranti ini, ditambah pula dengan kesan slow-mo pada saat ke-56, seperti berteriak, “lihatlah aku telefon LG!”.



Apa yang ingin ditonjolkan LG menerusi LG V60 ini ialah ciri dwipaparan yang dimilikinya. Tidaklah seperti Galaxy Fold ataupun Mate Xs yang ada paparan boleh lipat, LG V60 sebaliknya mengambil pendekatan lebih konservatif apabila gunakan dua paparan berasingan untuk berikan lebih ruang kerja kepada penggunanya.

Jika LG berhasrat untuk kukuhkan kesedaran terhadap jenama, sudah tentulah ia berjaya sebab setakat artikel ini ditulis, lebih 17 juta tontonan telah diraih oleh video itu pada satu saluran YouTube saja. Tapi adakah ia akan diterjemah kepada jualan? Masih belum diketahui.



Berbalik kepada LG V60, telefon ini dilancarkan tak lama dulu iaitu 27 Februari 2020. Ia menampilkan specs berkelas flagship tahun 2020 kerana menggunakan SoC Snapdragon 865 dan menyokong rangkaian 5G. Ia ada panel paparan sebesar 6.8” OLED pada resolusi FHD+.

Dalam video Eminem itu, telefon ini dipadankan dengan aksesori yang dipanggil LG Dual Screen untuk berikan satu lagi skrin tambahan kepadanya.

Atas papan utama, LG V60 5G miliki RAM sebesar 8GB serta pilihan storan sama ada 128GB ataupun 256GB. Di bahagian pengimejan, ia ada trikamera belakang iaitu 64MP (utama), 13MP (ultralebar) dan kaemra 3D ToF. Selfie pula diambil gunakan kamera 10MP. Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh.

Tags: lgLG V60LG V60 5G
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cuba Teka Telefon Apa Yang Muncul Dalam Video Muzik Eminem Ini

Cuba Teka Telefon Apa Yang Muncul Dalam Video Muzik Eminem Ini

11 March 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER