Seiring Dengan pelancaran Oppo A91, Oppo turut memperkenalkan model baharu dalam siri Enco, fon kepala jenis neckband, Oppo Enco M31.
Menurut pengeluarnya, Oppo Enco M31 menyokong audio beresolusi tinggi. Ia mungkin dicapai hasil penggunaan teknologi codec LDAC hasilan Sony. Tambahan pula, fon telinga ini menyokong sambungan Bluetooth 5.0 yang menjanjikan aliran data 3 kali lebih pantas berbanding Bluetooth generasi terdahulu.
Oppo Encho M31 dilengkapi dengan algoritma penyaring hingar AI. Menggunakan algoritma tersebut, anda akan dapati panggilan suara jadi lebih jelas kerana bunyi yang tak berkenaan ditapis keluar. Semasa mendengar muzik, ada dua mod boleh dipilih iaitu:
- Equalized fine tune sounds
- Bass
Bagi mod equalized fine tune sounds, penguna boleh mendapatkan audio yang jelas dan seimbang meskipun dalam muzik yang kuat. Bagi mod Bass, ia memberikan pengalaman audio yang lebih menonjolkan elemen muzik terutama untuk nada rendah.
Oppo Encho M31 memiliki bateri sebesar 88 mAh. Ia boleh digunakan selama 8 hingga 12 jam, bergantung kepada pola penggunaan. Baterinya juga menyokong pengecasan pantas . 10 minit pengecasan memberikan 2.5 jam kuasa memainkan muzik beresolusi tinggi.
Secara imejnya, Oppo Enco M31 masih mengekalkan rekaan seperti model Enco Q1 sebelum ini, iaitu fon telinga jenis neckband yang ergonomik dan ringan. Ia diperbuat daripada logam memori bentuk yang diliputi dalam getah silikon. Enco M31 sesuai dibawa ketika bersenam sebab ia ada IP Rating pada tahap IPX5. Ia sepatutnya kalis peluh anda ataupun hujan renyai.
Oppo Enco M31 ditawarkan pada harga RM 199. Ia didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, hijau dan merah jambu. Sempena ulang tahun Lazada pada 27 Mac 2020, Oppo Enco M31 ditawarkan pada harga RM159 dari pukul 12 pagi hingga 2 petang di kedai online Lazada. Terhad kepada 1,000 unit sahaja.