• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile gandakan kuota Hotspot sehingga akhir Mac

  • OLEH Najib
  • 7:33 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
U Mobile gandakan kuota Hotspot sehingga akhir Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Unifi Mobile menawarkan internet LTE tanpa had dan Celcom pula WhatsApp tanpa had, U Mobile tampil dengan tawaran berbeza. Bagi membantu kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 19 hingga 31 Mac 2020, U Mobile menggandakan kuota hotspot untuk pengguna pelan tanpa had mereka.

U Mobile kini melancarkan kempen “Hottest Spot” untuk pengguna pelan prabayar GX38, serta pelan pascabayar GX50, GX68, Unlimited Hero P99 dan Unlimited Hero P139. Dengan ini, pengguna U Mobile boleh berkongsi lebih banyak data mereka dengan keluarga atau rakan di rumah sepanjang tempoh ini.



Bagi pelan prabayar GX38, kuota hotspot mereka digandakan menjadi 6GB. Manakala pelan pascabayar GX50 dan GX68 pula mendapat 10GB kuota hotspot. Pelan pascabayar Unlimited Hero P99 akan menikmati 60GB kuota hotspot dan pengguna pelan Unlimited Hero P139 boleh menggunakan sehingga 10GB hotspot.

Kempen hotspot berganda U Mobile ini berjalan dari 19 hingga 31 Mac 2020. Bagi pelan Unlimited Hero P99 dan P139, mereka boleh menambah talian tambahan dengan hanya RM20/bulan. Talian tambahan ini turut berkongsi kuota hotspot yang sama tanpa perlu berada di bawah satu bumbung.



Menurut Ketua Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, U Mobile menyedari tentang penggunaan hotspot pengguna mereka meningkat di waktu PKP. Sebagai syarikat yang komited memberi respon kepada keperluan pengguna serta di waktu mencabar ini, mereka mahu melegakan keperluan sambungan internet pengguna dengan menggandakan kuota hostpot mereka secara percuma.

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakanu mobile
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile gandakan kuota Hotspot sehingga akhir Mac

U Mobile gandakan kuota Hotspot sehingga akhir Mac

19 March 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN