• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton sasar penghasilan 60,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:35 pm
  • 10/04/2020
  • Komen
Proton sasar penghasilan 60,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Proton akan melaksanakan satu lagi inisiatif bagi membantu petugas barisan hadapan dengan menghasilkan komponen perisai pelindung peribadi (PPE) iaitu pelindung muka.

Menyasarkan penghasilan 60,000 pelindung muka dalam masa 20 hari, Proton memaklumkan bahawa operasi pembuatan akan melibatkan kakitangan Proton di ibu pejabatnya di Shah Alam. Ia dijangka bermula pada 13 April 2020.



Menurut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed, sebagai pengeluar kenderaan, pihak Proton akan memanfaatkan teknologi pembuatan yang ada untuk membantu membekalkan keperluan petugas barisan hadapan terhadap PPE. Ia juga merupakan sokongan Proton dalam usaha untuk memerangi penularan wabak COVID-19.

Pihaknya juga telah mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan untuk penghasilan pelindung muka berkenaan di Shah Alam. Proton juga akan memantau pergerakan dan waktu bekerja kakitangan yang terlibat dan memastikan mereka mematuhi arahan penjarakan sosial serta amalan pencegahan COVID-19.



Jelasnya lagi, pelindung muka berkenaan akan diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara secara percuma, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia akan diagihkan mengikut keperluan setiap daerah.

Terdahulu, Proton turut menyumbangkan 50 unit kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70, kepada KKM bagi membantu memberikan kemudahan logistik kepada petugas barisan hadapan untuk melaksanakan tugas.

Sumber: Proton

Tags: COVID-19PPEproton
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton sasar penghasilan 60,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan

Proton sasar penghasilan 60,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan

10 April 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN