• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata tidak akan dibenarkan beroperasi

  • OLEH Najib
  • 2:44 pm
  • 13/04/2020
  • Komen
PKP: Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata tidak akan dibenarkan beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lepas, Perdana Menteri turut menyatakan beberapa sektor tambahan akan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP. Antara yang disenaraikan ialah kedai perkakas, kedai barangan elektrik dan elektronik, kedai cermina mata, kedai gunting rambut dan kedai dobi.

Ramai orang tertarik dengan pengumuman ini terutama sekali berkenaan kedai gunting rambut. Malah, ada yang menyatakan menggunting rambut ini perlu kerana ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.



3. Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

— Dr Afif Bahardin (@afifbahardin) April 11, 2020

Tetapi dalam laporan harian Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Perdana Menteri telah mengarahkan agar semua kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata, untuk tidak dibenarkan beroperasi.

PM putuskan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata tidak dibenarkan di seluruh negara sepanjang tempoh #PKP – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/zJLTjcHoF1

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 13, 2020

Perkara ini selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan, ditangguhkan dahulu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, kerajaan boleh melakukan perancangan membuka semula premis itu, namun pelaksanaannya tidak boleh dilakukan semasa tempoh perintah berkenaan.



Malah, ramai pemilik kedai gunting rambut tidak mahu membuka kedai mereka. Ini kerana perkhidmatan menggunting rambut, memerlukan tukang gunting berhubung dengan pelanggan dalam jarak yang dekat dan ini boleh meningkatkan risiko penularan pandemik itu. Ada juga yang khuatir, ia akan dijadikan alasan untuk keluar dari rumah.

Dengan larangan yang jelas ini, diharapkan agar orang ramai boleh terus duduk di rumah bagi memutuskan rantai penularan COVID-19. Malaysia telah mencatatkan penurunan tetapi ia masih belum mencukupi. Jika perlu juga, potonglah rambut anda sendiri dengan cara mudah seperti rekrut askar, agar tekanan darah tidak meninggi di waktu PKP ini.

Sumber: Bernama

Tags: COVID-19Kedai Gunting RambutPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
PKP: Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata tidak akan dibenarkan beroperasi

PKP: Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata tidak akan dibenarkan beroperasi

13 April 2020
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN