• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stok PPE hanya bertahan 2 minggu, sumbangan luar amat digalakkan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:36 pm
  • 14/04/2020
  • Komen
Stok PPE hanya bertahan 2 minggu, sumbangan luar amat digalakkan
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa bekalan pakaian pelindung peribadi (PPE) di seluruh negara hanya mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hal ini dimaklumkan berdasarkan hasil pemeriksaan stok PPE di negeri-negeri dan hospital di seluruh negara serta keperluan semasa.



PPE yang digunakan setiap hari, telah mencatatkan peningkatan penggunaan  daripada dua kali ganda kepada 10 kali ganda, berbanding keadaan normal ekoran penularan wabak COVID-19.

Pihaknya juga menggalakkan sumbangan pihak luar termasuk pertubuhan bukan kerajaa (NGO) bagi memenuhi bekalan PPE untuk kegunaan kakitangan hospital dan petugas barisan hadapan.



Sumbangan pihak luar (saluran NGO), merupakan salah satu kaedah perolehan PPE yang dilaksanakan kerajaan, selain dua cara lain iaitu secara pukal dari pengurusan peringkat pusat dan peringkat negeri menerusi pejabat kesihatan

Noor Hisham turut menjelaskan, dalam keadaan semasa, PPE lebih diperlukan berbanding ventilator yang mencukupi dengan jumlah 956 unit setakat ini.

Sementara itu, berhubung tenaga sukarelawan, Noor Hisham memberitahu, setakat ini KKM menerima bantuan 65 pakar daripada sektor swasta dan 54 petugas yang ditempatkan di wad COVID-19. Selain itu, lebih 1,000 jururawat dan pegawai perubatan turut tampil membantu dalam usaha memerangi wabak ini.

KKM turut menggalakkan mereka yang mempunyai kepakaran untuk sama-sama membantu petugas barisan hadapan. Mereka dengan kepakaran yang diperlukan, akan ditempatkan di unit berkaitan dan ditawarkan kontrak selama enam bulan.

Penetapan konsep kerja juga lebih anjal, sebagai contoh seorang pakar akan ditempatkan mengikut waktu kerja kitaran selama 10 jam dan berkhidmat dua hari seminggu.

Keperluan PPE yang meningkat memaksa kakitangan hospital menjahitnya sendiri. Di harap lebih ramai yang tampil membantu untuk menyumbang PPE kepada pihak KKM.

Terdahulu, terdapat beberapa pihak antaranya Proton, Intel dan pereka fesyen tempatan telah melaksanakan insiatif menghasilkan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan sebagai tanda sokongan dalam usaha membendung wabak COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Tags: COVID-19kkmPPE
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Stok PPE hanya bertahan 2 minggu, sumbangan luar amat digalakkan

Stok PPE hanya bertahan 2 minggu, sumbangan luar amat digalakkan

14 April 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN