• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan iPhone 12 digambarkan inspirasi gabungan iPad Pro dan iPhone 5

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:57 am
  • 20/04/2020
  • Komen
Rekaan iPhone 12 digambarkan inspirasi gabungan iPad Pro dan iPhone 5
Share on FacebookShare on Twitter

Kemunculan model terbaharu iPhone merupakan antara yang dinantikan terutama dalam peminat jenama itu. Baru sahaja melancarkan model Iphone SE pada 15 April 2020, maklumat tentang rekaan iPhone 12 pula sudah mula tersebar.

Berdasarkan perkongsian di Twitter pereka telefon, Jonas Daehnert, fizikal iPhone 12 difahamkan berbeza berbanding rekaan sama yang ditampilkan sejak tiga generasi dari iPhone X. Dikhabarkan rekaannya merupakan insiprasi daripada gabungan iPad Pro dan iPhone 5.



Seperti yang digambarkan Deahnert, iPhone 12 bakal mempunyai kuadkamera belakang. Bentuk kameranya masih sama seperti Iphone 11 tetapi dengan penambahan lensa yang difahamkan merupakan sensor LiDAR.

Perbezaan juga dapat dilihat di bahagian hadapan peranti dengan skrin lebih luas, 6.7” dan jarak bezel lebih nipis, 0.9mm. Walau bagaimanapun, rekaan takuk di bahagian atas masih sama seperi tiga generasi iPhone sebelum ini. Namun, khabarnya lebih kecil. Rekaan sisinya yang rata juga, bakal mengingatkan pengguna dengan iPhone 5.



Terdapat banyak perkongsian berhubung iPhone 12. Ada yang mengatakan bahawa peranti ini bakal menggunakan chipset Apple A14, skrin OLED dengan kelajuan 120Hz dan juga menyokong rangkaian 5G.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa rekaan yang tersebar hanyalah 70 peratus daripada bentuk sebenar model terbaru dari iPhone itu. Belum ada tarikh yang pasti untuk kemunculan iPhone 12 di pasaran. Kebiasaannya telefon baharu iPhone dilancarkan sekitar September, tetapi tahun ini mungkin akan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.

Bagi mereka yang sentiasa naik taraf telefon ke model baharu iPhone, sudah boleh mula menyimpan duit. Mungkin hujung tahun ini atau awal tahun 2021 pengguna akan bersua dengan iPhone 12.

Sumber: Forbes, GSM Arena

Tags: appleiphoneiphone 12
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Rekaan iPhone 12 digambarkan inspirasi gabungan iPad Pro dan iPhone 5

Rekaan iPhone 12 digambarkan inspirasi gabungan iPad Pro dan iPhone 5

20 April 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN