• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Digi bersiap sedia menjual iPhone SE 2020 dengan bayaran ansuran termurah

  • OLEH Najib
  • 2:49 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas U Mobile, kini Digi pula tampil memberi petunjuk bahawa mereka akan menjual iPhone SE 2020 tidak lama lagi. Telefon pintar yang lebih murah dari iPhone yang lain ini memiliki prestasi dalaman yang sama dengan iPhone 11 tetapi menggunakan badan kecil iPhone 8.

Dalam muat naik di Facebook, Digi menyatakan iPhone SE 2020 akan ditawarkan bersama pelan ansuran PhoneFreedom 365. Digi turut menjanjikan ia adalah pelan semua-dalam-satu bulanan paling rendah. Bagi pengguna Digi sedia ada, pelan PhoneFreedom 365 ditawarkan tanpa perlu membayar wang pendahuluan.



Buat masa ini, Digi masih belum menerangkan akan menggandingkan telefon ini bersama kontrak pelan pascabayar yang mana. Dari tawaran PhoneFreedom 365 sedia ada, peranti ditawarkan dari pelan Digi Postpaid 80 + GBoost (RM90/bulan) sehinggalah pelan termahal Digi Postpaid 190 (RM190/bulan). Ini ialah bayaran pelan sahaja, belum termasuk harga ansuran peranti.

Dijangkakan Apple akan mula menjual iPhone SE 2020 di Malaysia minggu pertama bulan Mei, seawal hari Jumaat minggu hadapan. Telefon bajet terbaru Apple ini dijual dari serendah RM1,999 dengan storan 64GB, RM2,199 bagi storan 128GB dan RM2,699 bersama storan 256GB.



Kenali iPhone SE 2020 dengan lebih lanjut menerusi artikel kami di bawah ini.

Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020

Sumber: Digi

Tags: appledigiiPhone SE 2020
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020

Digi bersiap sedia menjual iPhone SE 2020 dengan bayaran ansuran termurah

22 April 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN