• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A92 akan ganti Oppo A91 tidak lama lagi bersama dua model misteri?

  • OLEH Najib
  • 7:49 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
Oppo A92 akan ganti Oppo A91 tidak lama lagi bersama dua model misteri?
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah melancarkan telefon pintar Oppo A91 pada bulan Mac lepas. Kini sebulan selepas pelancarannya, Oppo dilaporkan mahu memperkenalkan penggantinya.

Facebook Oppo Malaysia telah memuat naik status tentang kedatangan sebuah telefon pintar siri A ke Malaysia. Dalam kenyataan media yang dihantar, Oppo Malaysia menerangkan ia adalah Oppo A92. Tiada perkara lain diberitahu melainkan ia akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Dalam masa terdekat, Oppo akan memperkenalkan sedikit demi sedikit kelebihan Oppo A92.



Oppo A92 masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran negara lain. Tetapi sudah ada yang menyampaikan berita tentang apa yang akan ada di Oppo A92 nanti.

Laman 91Mobiles telah menemui sedikit spesifikasi Oppo A92 dalam senarai Google Play Console. Ia menyenaraikan Oppo A92 bersama cip Snapdragon 665, RAM sebanyak 8GB, skrin HD penuh 20:9 dan menjalankan Android 10.



Untuk perbandingan, Oppo A91 dikuasakan oleh cip Helio P70, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia memiliki skrin HD penuh AMOLED berukuran 6.4-inci. Ia dijual di Malaysia pada harga RM999.

Apakah naik taraf yang akan ada di Oppo A92 kelak? Harapnya bukan naik pada harga semata-mata.

Oppo A52 dan Oppo A12?

Tetapi Oppo Malaysia mungkin akan membuat kejutan bersama Oppo A92. Ini kerana semakan di SIRIM, pengedar peranti Oppo di Malaysia, Jie Business Sdn Bhd telah meyenaraikan tiga model telefon pintar baru Oppo, selepas menerima pengesahan untuk Oppo Find X2.

Tiga model tersebut memiliki nombor model CPH2059, CPH2061 dan CPH2083. Carian di internet menunjukkan, CPH2059 ialah Oppo A92, CPH2061 pula Oppo A52 dan CPH2083 adalah Oppo A12.

Senarai di SIRIM ini tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi. Ketiga-tiga model ini menyokong WiFi 802.11ac dwi-jalur, 2.4GHz dan 5GHz. Ia juga menyokong jalur 3G dan 4G LTE yang sama, selain boleh menggunakan dua kad sim.

Oppo A52 telah dilancarkan di China, manakala Oppo A12 telah dilancarkan di Indonesia. Adakah kedua-dua model ini akan tampil bersama Oppo A92 kelak? Kita tunggu pengumuman lanjut dari Oppo Malaysia.

Tags: oppoOppo A12Oppo A52
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Oppo A92 akan ganti Oppo A91 tidak lama lagi bersama dua model misteri?

Oppo A92 akan ganti Oppo A91 tidak lama lagi bersama dua model misteri?

22 April 2020
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER