• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30 Pro, kini lebih murah dengan harga baru

  • OLEH Najib
  • 1:57 pm
  • 30/04/2020
  • Komen
Tempahan Mate 30 Pro ada banyak hadiah tetapi dengan syarat: HMS bukan GMS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyambut ketibaan Hari Buruh yang disambut pada 1 Mei, Huawei Malaysia mengumumkan beberapa tawaran menarik untuk bulan Mei. Ia didahului dengan penurunan harga tetap untuk Huawei P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30 Pro 4G.

Bermula hari ini 29 April 2020, harga baru untuk ketiga-tiga telefon pintar Huawei ini adalah seperti berikut:



  • Huawei P30 Pro (8GB+256GB) – RM2,999 RM2,799
  • Huawei Mate 30 (8GB+128GB) – RM2,799 RM2,499
  • Huawei Mate 30 Pro 4G (8GB+256GB) – RM3,899 RM3,599

Mereka yang berminat dengan peranti ini, boleh mendapatkannya dengan harga baru yang lebih rendah ini di Stor Online Huawei Malaysia.

Menangi Huawei P40 bersama AppGallery

Khas untuk pengguna Huawei AppGallery, anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar Huawei P40 menerusi pertandingan AppGallery Brings You Together This Ramadan. Ia akan diadakan dari 1 hingga 31 Mei 2020, dengan 10 unit Huawei P40 untuk diberikan sebagai hadiah.



Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke Facebook Huawei Mobile Services APAC, dan berkongsi kisah tentang aplikasi apakah di dalam koleksi kempen AppGallery paling digemari. Tulis juga tentang bagaimana fungsi di dalam aplikasi tersebut dapat membantu penguna di bulan Ramadan.

Ganjaran Huawei VIP Member

Untuk semua pengguna peranti Huawei, pelbagai ganjaran dan diskaun boleh didapati menerusi Huawei VIP Member. Bulan Mei nanti, Huawei telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk memberi promosi kepada pengguna, antaranya Malaysia Airlines, Golden Screen Cinemas, Nando’s, Godiva, Baskin Robbins, Dominos’s Pizza, HealthLand, Samsonite, GNC, Health Lane dan banyak lagi.

Semua tawaran tersebut boleh disemak di sini.

Penghantaran Ekspress Hari Yang Sama

Huawei juga menawarkan penghantaran ekspress VIP di mana produk yang dibeli di Stor Huawei Malaysia, akan dihantar ke rumah pembeli pada hari yang sama. Menerusi program ini, pembeli akan dihubungi dalam masa sejam selepas pembelian dibuat dan penghantaran akan dibuat dalam masa enam jam selepas panggilan.

Bagaimanapun, penghantaran hanya dibuat dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari. Penghantaran ekspress VIP ini ditawarkan dari 1 April sehingga 31 Mei 2020. Maklumat lanjut mengenai promo ini boleh disemak di sini.

Tags: Huaweihuawei mate 30huawei mate 30 proHuhawei P30 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan Mate 30 Pro ada banyak hadiah tetapi dengan syarat: HMS bukan GMS

Huawei P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30 Pro, kini lebih murah dengan harga baru

30 April 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN