• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Pintar pertama Realme akan bertemu semua tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 5:13 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
Jam Pintar pertama Realme akan bertemu semua tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Realme sememangnya popular sebagai pengeluar yang menghasilkan produk berkuasa tinggi pada harga lebih rendah dari biasa. Mereka telah menghasilkan telefon pintar, gelang kecergasan dan fon kepala tetapi masih belum ada jam pintar.

Ketibaan jam pintar Realme dilihat akan muncul tidak lama lagi. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Realme, Madhav Sheth hari ini telah berkongsi video petunjuk mengenai jam pintar, Realme Watch. Menurut video tersebut, Realme Watch akan bertemu kita tidak lama lagi.



Watch me!
Are you ready to join our journey in becoming India’s Most Popular Tech-Lifestyle Brand?
Our next AIoT products are on the way?
RT to show your excitement. pic.twitter.com/3Ny6EEDMi4

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) May 14, 2020

Bagaimanapun, Madhav tidak menjelaskan bilakah tarikh pelancaran Realme Watch. Menurut kebiasaan, produk baru Realme ini akan dilancarkan di India terlebih dahulu, sebelum dilancarkan di lain-lain negara kemudian, termasuk Malaysia.

Tetapi peminat Realme di Malaysia mungkin tidak perlu menunggu lama. Ini kerana Realme Watch telah pun dikesan berada dalam pengkalan data SIRIM. Bermakna, ia telah lulus untuk digunakan di Malaysia dan menunggu masa untuk dijual sahaja.



Masih tiada maklumat rasmi tentang Realme Watch, tetapi khabar angin menyatakan ia adalah klon kepada Oppo Watch, yang juga merupakan klon kepada rekaan Apple Watch. Oppo Watch yang telah dijual di China, memiliki fizikal yang mirip dengan Apple Watch, dengan dua pilihan muka jam 41mm dan 46mm, menyokong eSIM, dilengkapi Bluetooth dan dibina bersama speaker di dalamnya.

Ini tidak menghairankan kerana Realme adalah syarikat yang dilahirkan oleh Oppo. Tetapi, harga jualan Realme Watch pastinya lebih rendah dari Oppo Watch, yang berharga dari RMB1,499 (RM908) di China. Adakah ini akan menjadi jam pintar anda tidak lama lagi?

Sumber: Madhav

Tags: Realmerealme watch
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Jam Pintar pertama Realme akan bertemu semua tidak lama lagi

Jam Pintar pertama Realme akan bertemu semua tidak lama lagi

14 May 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER