• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Toyota kini boleh di beli di Lazada, anda berpeluang dapat pulangan tunai dan hadiah percuma untuk tempahan sehingga 24 Mei

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:27 pm
  • 18/05/2020
  • Komen
Toyota kini boleh di beli di Lazada, anda berpeluang dapat pulangan tunai dan hadiah percuma untuk tempahan sehingga 24 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang ingin membeli kereta baharu, Lazada sekali lagi menampilkan seleksi kenderaan yang boleh dipilih di stor dalam taliannya menerusi kolaborasi bersama Toyota.

Seiring pelancaran kedai flagshipnya, dari 18 hingga 24 Mei 2020,  Toyota turut menawarkan hadiah misteri berupa pulangan tunai dan hadiah percuma bernilai sehingga RM16,670.



Menerusi stor dalam talian Toyota di Lazada, pelanggan boleh memilih pelbagai varian model kenderaan jenama itu. Antara model ditawarkan:

  • Vios
  • Yaris
  • Corolla
  • Avanza
  • Innova
  • Camry
  • Rush
  • Hilux
  • Harrier
  • Hiace
  • Fortuner
  • Alphard Vellfire

Bagi yang membeli model penghabisan stok tahun 2019, pelanggan boleh mendapat pulangan tunai dan hadiah tambahan antaranya:



  • Vios: Pulangan tunai berjumlah RM 5,000 dan aksesori percuma bernilai RM2,800
  • Toyota Fortuner: Pulangan tunai RM 14,000 dan aksesori percuma bernilai RM2,670

Untuk membeli kereta Toyota di Lazada, pelanggan hanya perlu:

  1. Pergi ke pautan ini
  2. Pilih model yang dingini dan semak promosi yang ditawarkan
  3. Selepas memilih, laksanakan pembayaran harga tempahan yang dipamerkan
  4. Tunggu panggilan daripada penasihat jualan Toyota untuk proses jual beli seterusnya
  5. Selepas urusan selesai dan pembelian berjaya, kenderaan akan dihantar ke rumah.

Di stor dalam talian ini, harga yang dipaparkan adalah harga tempahan untuk setiap kenderaan. Selepas pembayaran tempahan dilakukan, pelanggan akan diberikan e-kupon yang membolehkan bayaran balik dilakukan jika mahu mengubah fikiran, sebelum urusan pembelian kenderaan berjaya.

Selain boleh di akses menerusi laman web, pengguna juga boleh ke aplikasi Lazada di telefon. Pembayaran tempahan kenderaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi. Untuk memuat turun, sila ke Apple AppStore dan Google Play Store.

Terdahulu, Lazada pernah berkolaborasi bersama Hyundai untuk penjualan 20 unit model i30 N pada tahun 2019 dan keluaran edisi terhad Volkswagen Beetels (2017) di stor dalam talian itu.

Sumber: SoyaCincau

Tags: LazadaToyota
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Toyota kini boleh di beli di Lazada, anda berpeluang dapat pulangan tunai dan hadiah percuma untuk tempahan sehingga 24 Mei

Toyota kini boleh di beli di Lazada, anda berpeluang dapat pulangan tunai dan hadiah percuma untuk tempahan sehingga 24 Mei

18 May 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN