• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google perkenal Tab Group di Chrome, cara lebih kemas menyusun berpuluh tab

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 19/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang menggunakan pelayar Chrome dan membuka begitu banyak Tab walaupun jarang digunakan, kononnya untuk rujukan di masa hadapan. Perkara ini jika dibiarkan sebenarnya boleh menjadi masalah besar kerana sukar dicari jika tidak disusun dengan kemas. Tetapi ia akan menjadi lebih mudah digunakan apabila fungsi Tab Group akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Google menjelaskan, fungsi Tab Group akan datang ke pelayar Chrome tidak lama lagi. Untuk mereka yang tidak sabar menggunakannya, boleh memuat turun versi Beta untuk mencuba. Tetapi ingat, versi Beta masih di peringkat ujian. Bermakna anda mungkin berhadapan beberapa isu kerana ia belum diperbaiki sepenuhnya.



Cara untuk mengumpulkan tab ini ke dalam satu kumpulan atau group adalah sangat mudah. Anda hanya perlu klik kanan pada tab tersebut dan masukkannya ke dalam group yang diingini. Jika mahu mencipta group baru, hanya beri nama padanya. Setiap group akan memiliki warna berbeza dan ia boleh ditetapkan, jadi anda boleh mencarinya dengan lebih mudah.

Ada yang suka mengumpulkan Tab mengikut topik, ada juga mengikut kepentingan seperti ASAP, esok atau minggu depan. Untuk lebih mudah dikesan, emoji turut boleh digunakan sebagai nama group.



Seperti tab sedia ada di Chrome, group juga akan sentiasa disimpan di dalam History. Jika anda menutup pelayar Chrome, anda boleh mencarinya semula kemudian di dalam History.

Fungsi Tab Group akan dilepaskan secara berperingkat di dalam versi Chrome yang akan datang. Ia akan boleh digunakan di Chrome desktop di Chrome OS, Windows, Mac dan Linux. Tetapi jika anda mahu menggunakannya sekarang, anda boleh memuat turun Chrome versi Beta.

Sumber: The Verge, Google

Tags: GoogleGoogle Chrome
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Google perkenal Tab Group di Chrome, cara lebih kemas menyusun berpuluh tab

19 May 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN