• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS Lantik Putri Jadi Pusat Pertanyaan Sehenti Lebuhraya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:08 pm
  • 22/05/2020
  • Komen
PLUS Lantik Putri Jadi Pusat Pertanyaan Sehenti Lebuhraya
Share on FacebookShare on Twitter

Pandemik COVID-19 telah merubah landskap norma kita. Ia memaksa semua orang memanfaat gaya hidup digital terutamanya penggunaan sepenuhnya keupayaan telefon pintar yang ada dalam tangan.

Di pihak pengendali lebuhraya terpanjang Malaysia, PLUS, telah mengumumkan servis baharu dalam APP PLUS iaitu chatbot yang dinamakan Putri. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang banyak perkara hanya dengan bersembang dengan chatbot ini.



Antara maklumat yang boleh dikongsikan Putri kepada anda adalah seperti:

  • Kadar tol
  • Info trafik
  • Maklumat PLUSMiles
  • Kemudah Lebuhraya dan Produk
  • Promosi dan Acara

Putri boleh mula digunakan dalam aplikasi PLUS yang boleh anda muat turun di Android dan iOS. Buat pengguna sedia ada, pastikan APP PLUS anda adalah yang terkini.



Disebalik Putri adalah teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang kini mengambil alih lebih 70% panggilan masuk di Pusat Pemantauan Trafik PLUS. Kebanyakkan panggilan ini hanya meminta maklumat tentang keadaan trafik lebuh raya.

Kehadiran Putri boleh meringankan kerja pegawai PLUS di pusat pemantauan agar mereka boleh fokuskan sumber yang ada terhadap pengendalian kecemasan di atas jalan raya.

Sumber: PLUS

Tags: chatbotplusputri
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PLUS Lantik Putri Jadi Pusat Pertanyaan Sehenti Lebuhraya

PLUS Lantik Putri Jadi Pusat Pertanyaan Sehenti Lebuhraya

22 May 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN