• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jualan telefon global suku pertama 2020 menjunam 20% kecuali Xiaomi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:50 pm
  • 03/06/2020
  • Komen
Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Jualan telefon global dicatatkan menurun sebanyak 20.2% untuk suku pertama tahun 2020, berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia berikutan penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan terhadap pelbagai sektor termasuk ekonomi.

Menurut laporan dari Gartner, jenama besar Samsung, Huawei, Apple, Xiaomi, Oppo berada di tangga lima teratas dalam rekod penjualan telefon sepanjang Januari hingga Mac 2020.



Semua jenama tersebut turut mencatatkan penurunan dari segi jualan tahun ini berbanding tempoh sama tahun 2019, kecuali Xiaomi yang mencatatkan peningkatan sekadar 1.4%.

Samsung menduduki tangga teratas dengan rekod jualan 55,333 unit telefon, ia jauh lebih rendah berbanding tahun lalu iaitu 71,621 unit. Syarikat itu mencatat penurunan sebanyak 22.7% iaitu kedua tertinggi dalam senarai lima teratas.



Dengan kesan daripada sekatan dagangan di Amerika Syarikat dan pandemik COVID-19, Huawei merekodkan penurunan jualan tertinggi iaitu sebanyak 27.3%. Kekal di tangga kedua untuk dua tahun berturut-turut, jenama itu mencatatkan jualan sebanyak 42,499 unit berbanding 58,436 unit (2019).

Mengisi tangga ketiga adalah Apple yang turut merekodkan penurunan yang kecil berbanding jenama lain dalam senarai lima teratas. Dengan jualan sebanyak 40,920 unit berbanding 44,569 unit tahun lalu, penurunan yang dicatatkan hanya pada 8.2%.

Ketika kebanyakan jenama berdepan penurunan jualan, Xiaomi menempatkan jenamanya di tangga ke-4 dengan sedikit peningkatan jualan iaitu sebanyak 27,817 berbanding 27,424 unti (2019). Oppo pula merekodkan penurunan sebanyak 19.1% dengan jualan 23,949 berbanding 29,589 tahun lalu.

Dalam laporan tersebut, Gartner turut menyatakan bahawa meskipun jualan telefon terkesan ekoran COVID-19, terdapat syarikat seperti Apple yang masih mengeluarkan produk baharu dan menjaga jualan dari secara dalam talian.

Samsung pula tidak berada pada landasan sama dengan Apple dalam mendepani pandemik. Tambahan pula, berdasarkan laporan itu, platform dalam talian syarikat berkenaan disifatkan tidak efisien.

Untuk membaca laporan lanjut, orang ramai boleh terus ke pautan ini.

Sumber: GSM Arena

Tags: appleGartnerHuaweiopposamsungxiaomi
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10

Jualan telefon global suku pertama 2020 menjunam 20% kecuali Xiaomi

3 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Honor Watch 6 dilancar di Malaysia: Bateri tahan 35 hari & mod sukan Pro, bermula RM699

Honor Watch 6 dilancar di Malaysia: Bateri tahan 35 hari & mod sukan Pro, bermula RM699

6 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN