• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink akan perkenal pelan tanpa had dari serendah RM35

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 03/06/2020
  • Komen
Hotlink akan perkenal pelan tanpa had dari serendah RM35
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 4/6/2020: Hotlink lancar pelan tanpa had internet dan panggilan dari RM35 sebulan

————————————————————-



Berita ni pasti sangat menarik untuk peminat pelan internet tanpa had, dengan kelajuan terhad seperti pelan U Mobile Giler Unlimited. Ini kerana, penyedia rangkaian antara terbaik di Malaysia, Maxis dilihat akan melancarkan pelan prabayar Hotlink dengan internet tanpa had, dari serendah RM35/bulan.

Perkara ini telah didengari sebelum ini, tetapi kini kami temui brosur yang menunjukkan pelan ini dengan jelas. Hotlink akan melancarkan pelan prabayar tanpa had terbaik di pasaran, pada 6 Jun 2020.



Pelan itu terbahagi kepada pelan harian, mingguan dan bulanan. Rahsia pelan tanpa had yang sangat murah ini ialah sekatan kelajuan. Menariknya, semua pelan ini akan disertakan panggilan tanpa had.

Bagi pelan harian, ia ditawarkan pada harga RM3/hari dengan kelajuan disekat ke 3Mbps. Pelan mingguan pula, berharga RM12/minggu juga dengan kelajuan disekat 3Mbps.

Untuk pelan bulanan, terdapat dua jenis. Pertama berharga RM35/bulan, kelajuannya akan disekat pada 3Mbps. Manakala pelan bulanan RM45/bulan, kelajuannya lebih tinggi sedikit, disekat pada 6Mbps.

Dalam brosur tersebut, ia turut menyatakan langganan Viu percuma untuk pelanggan pelan bulanan. Viu adalah platform penstriman video seperti Netflix. Selain itu, diskaun 10% turut diberikan untuk pembelian aplikasi di Google Playstore dan Apple Appstore.

Kelajuan tanpa had boleh dibeli jika memerlukan. Ia boleh dibeli dari RM1 untuk 1 jam tanpa had kuota, atau RM3/hari dengan 3GB kuota, atau RM10/minggu dengan kuota 5GB. Agak pelik bila kadar panggilan turut disenaraikan pada 15sen/30saat dan SMS pula 15sen.

Adakah panggilan tanpa had ini sebenarnya merujuk kepada panggilan WhatsApp?

Selain itu, khabarnya pelan tanpa had Hotlink ini tidak membenarkan perkongsian internet secara hotspot. Ini berbeza dengan pelan U Mobile Giler Unlimited yang masih memberikan kuota hotspot.

Pelan Giler Unlimited U Mobile

Pelan Hotlink ini pasti akan menekan U Mobile kerana pelan U Mobile menawarkan internet tanpa had, berkelajuan 3Mbps pada harga RM30. Tambah RM5 sahaja, boleh dapat liputan dan kualiti rangkaian lebih baik di Hotlink.

Bagaimanapun, kita masih perlu menunggu pengesahan Maxis, adakah benar mereka akan melancarkan pelan baru Hotlink ini. Adakah anda teruja dengan tawaran ini? Ramai yang meminta internet tanpa had yang murah, jadi inilah penyelesaiannya, kelajuan disekat.

Sumber: Facebook

Tags: hotlinkmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Hotlink akan perkenal pelan tanpa had dari serendah RM35

Hotlink akan perkenal pelan tanpa had dari serendah RM35

3 June 2020
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER