• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saifuddin umum Pengerusi SKMM baru dan melantik bekas CEO TM sebagai penasihat menteri

  • OLEH Najib
  • 5:55 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan menerusi media sosialnya, pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baharu iaitu YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek. Beliau akan memegang jawatan ini selama dua tahun, berkuatkuasa 10 Jun 2020.

Jawatan Pengerusi SKMM telah disandang oleh YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak, sejak Oktober 2018.



Dr. Fadhlullah Suhaimi merupakan Naib Canselor dan CEO Universiti Perdana. Beliau juga bekas anggota Suruhanjaya di SKMM dan mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun dalam sektor telekomunikasi.

Dr. Fadhlullah Suhaimi. Sumber: NSTP

Saifuddin turut mengumumkan satu lagi lantikan iaitu YBhg. Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai penasihat telekomunikasi kepada Menteri KKMM. Tan Sri Zamzamzairani merupakan Pengerusi Lembaga UEM Sunrise Berhad dan pernah meneraju Telekom Malaysia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor ini.



Selain itu, Saifuddin turut menyatakan bahawa kuasa Menteri akan disemak semula supaya wujud sistem semak dan imbang, selain meningkatkan prestasi urus tadbir dan ketelusan institusi. Di pihak SKMM juga bidang tugas dan tanggungjawabnya akan disemak semula supaya memberi fokus kepada peranan utamanya. Ini termasuk memperbaiki struktur organisasi dan menambahbaik bidang-bidang tertentu seperti perundangan, audit dan sumber manusia.

Minggu lepas, Saifuddin didapati telah mengeluarkan arahan peruntukan spektrum 700MHz pada 15 Mei 2020, di mana ia diberikan secara terus kepada pemegang lesen individu. Ini bertentangan dengan pengumuman SKMM awal tahun ini di mana spektrum 700MHz akan diberikan kepada konsortium, bukan kepada individu. Ia dibuat untuk menurunkan perbelanjaan kapital (CAPEX), dengan merendahkan kos dan mengurangkan pertindihan infrastruktur rangkaian.

Tidak lama selepas itu, Saifuddin mengeluarkan arahan untuk membatalkan arahan peruntukan spektrum tersebut. Tidak pasti mengapakah arahan pembatalan itu dibuat. Ada yang mempertikaikan pemberian spektrum tersebut kepada syarikat tertentu tanpa bidaan terbuka, tetapi ia kekal sebagia spekulasi.

Sumber: Facebook

Tags: Al-Ishsal IshakFadhlullah SuhaimiSaifuddin AbdullahSKMMZamzamzairani Mohd Isa
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Saifuddin umum Pengerusi SKMM baru dan melantik bekas CEO TM sebagai penasihat menteri

9 June 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER