• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Imej acuan iPhone 12 tersebar di Twitter, ia digambarkan bawa kembali rekaan sisi rata

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:36 pm
  • 17/06/2020
  • Komen
Imej acuan iPhone 12 tersebar di Twitter, ia digambarkan bawa kembali rekaan sisi rata
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang iPhone 12 sudah banyak dikongsikan oleh banyak pihak. Daripada reka bentuk luaran dan kamera hingga kemungkinan tarikh kemunculan yang mungkin ditunda, kebanyakkannya memberikan maklumat yang selari tentang model baharu telefon keluaran Apple itu. Ia temasuk gambaran model yang membawa kembali rekaan telefon seperti model iPhone 5.

Begitu juga dengan perkongsian di Twitter milik JinStore. Pemilik akaun berkenaan telah membocorkan acuan telefon pintar dan rekaan CAD yang didakwa merupakan reka bentuk iPhone 12.



The sides are squared off, just like the rumored #iPhone12 #iPhone12Pro pic.twitter.com/u2lg4pcxSV

— ??JinStore® (@Jin_Store) June 14, 2020

Berdasarkan perkongsian itu, ciri paling ketara didedahkan adalah rekaan sisi rata dan bingkai skrin lebih nipis. Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, rekaan tersebut merupakan inspirasi gabungan iPhone 5 dan iPad Pro. Status berkenaan turut mempamerkan beberapa  acuan varian iPhone 12 iaitu:

  • iPhone 12 5.4”
  • iPhone 12 6.1”
  • iPhone 12 Pro 6.1”
  • iPhone 12 Pro Max 6.7”

Melihat rekaan belakangnya pula, penempatan dan bentuk kameranya sama seperti iPhone 11. Rekaan takuk untuk kamera hadapan juga sama seperti tiga generasi iPhone sebelum ini. Ada kemungkinan takuk berkenaan akan direka lebih kecil untuk memberikan paparan lebih luas.



Di bahagian bawahnya pula, acuan itu menunjukkan penempatan pembesar suara dan lubang pengecas. Kelihatan juga dibahagian sisi kiri, terdapat butang kawalan bunyi dan slot kad sim di bahagian kanan.

Walau bagaimanapun, apa yang didedahkan oleh JinStore masih dikategorikan sebagai khabar angin. Belum ada kenyataan atau pratonton rasmi daripada pihak Apple untuk model terbaharu iPhone itu. Mungkin orang ramai boleh menjangkakan kemunculan iPhone 12 sekitar September tahun ini, seperti mana iPhone 11 diperkenalkan pada bulan sama tahun lalu. Namun, mungkin juga ia ditangguhkan sekiranya pandemik COVID-19 masih berlarutan.

Sumber: 9TO5Mac

Tags: appleapple iphoneiphoneiphone 12
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Imej acuan iPhone 12 tersebar di Twitter, ia digambarkan bawa kembali rekaan sisi rata

Imej acuan iPhone 12 tersebar di Twitter, ia digambarkan bawa kembali rekaan sisi rata

17 June 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN