• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pelancaran iPhone 12 dijangka lebih lewat dari biasa

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 29/04/2020
  • Komen
iPhone 11 Miliki Bateri Antara Yang Terkecil Dalam Kelas Flagship
Share on FacebookShare on Twitter

Apple sering menjadikan bulan September untuk melancarkan siri iPhone terbaru mereka, tetapi tahun ini ia mungkin tidak mengikut perancangan asal. Dalam laporan WSJ, mereka menyatakan Apple lewat sebulan dalam penghasilan iPhone akibat COVID-19 dan ini mungkin memberi impak kepada jualan iPhone 12.

Dijangka sebanyak empat model iPhone 12 akan dilancarkan tahun ini dengan satu model berukuran 5.4-inci, satu model 6.7-inci dan dua model 6.1-inci. Ia adalah satu pembaharuan di Apple kerana menghasilkan peranti lebih kecil dan besar, di mana iPhone 11 memiliki skrin 6.1-inci, iPhone 11 Pro 5.8-inci dan iPhone 11 Pro Max pula 6.5-inci.



Laporan WSJ ini turut menyebut, Apple telah mengurangkan kadar pengeluaran mereka untuk bulan Julai hingga Disember tahun ini sebanyak 20%. Ia juga mengakibatkan lebih banyak penghasilan akan dialihkan ke tahun hadapan, 2021.

Gambaran rupa iPhone 12

Belum ada sebarang pengesahan tentang iPhone 12 termasuk namanya sendiri. Tetapi ramai penganalisa menjangkakan ia akan menjadi peranti Apple pertama dilengkapi rangkaian 5G. Ia juga akan dipasang sensor pengesan LiDAR, seperti yang terdapat di iPad Pro 2020. Selain itu, cip terbaru Apple A14 Bionic turut akan digunakan di iPhone 12, dihasilkan oleh TSMC menggunakan proses 5nm.



Walaupun penghasilan Apple tidak seperti perancangan awal mereka dan lewat sebulan, ia sebenarnya tidaklah mengganggu pelancaran. Apple masih boleh melancarkan iPhone 12 pada bulan September tetapi penjualannya terpaksa dilewatkan atau dengan stok sangat terhad.

Sumber: 9to5Mac

Tags: appleApple iPhone 12
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iPhone 11 Miliki Bateri Antara Yang Terkecil Dalam Kelas Flagship

Pelancaran iPhone 12 dijangka lebih lewat dari biasa

29 April 2020
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN