• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tawaran termurah 8GB data hanya RM8 di Yoodo

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 19/02/2018
  • Komen
Tawaran termurah 8GB data hanya RM8 di Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan sambutan Tahun Baru Cina masih belum pudar dengan tawaran terbaru dari Yoodo ini. Mereka kini menawarkan data tambahan pada harga yang luar biasa rendah.

Bermula dari 16 Februari sehingga jam 8 malam pada 2 Mac 2018, Yoodo menawarkan kepada penggunanya data tambahan sebanyak 8GB pada harga hanya RM8.



Ianya memang sangat murah berbanding biasa. Apa tidaknya, jika data tambahan 1GB berharga RM10 dan data tambahan 6GB pula memerlukan RM40, sepanjang tempoh promosi ini anda akan menerima 8GB data pada harga RM8 sahaja.

dari kiri: data tambahan 1GB RM10, 6GB RM40 dan 8GB RM8 



Ingat, tawaran ini untuk data tambahan, bukan pelan asal data. Jadi, anda memerlukan akaun Yoodo yang aktif, dan melanggan mana-mana pelan data, panggilan atau SMS. Lepas itu, barulah boleh membeli data tambahan 8GB berharga RM8 ini.

Sebagai data tambahan, ia akan mengikut tempoh masa langganan pelan utama. Jika pelan tamat pada 28 Februari, maka data 8GB ini juga boleh digunakan sehingga 28 Februari sahaja. Kemudian pada 1 Mac, anda boleh membeli lagi data tambahan ini dan ia akan tamat tempoh pada kitaran seterusnya, iaitu 30 Mac.

Tetapi anda boleh membeli data tambahan 8GB RM8 sebanyak mana yang anda suka. Jika anda pengguna tegar atau sekadar suka-suka mahu berkongsi data dengan kawan atau saudara-mara, belilah data tambahan mengikut keperluan. Data ini tidak terhad kepada sebarang penggunaan, boleh digunakan untuk menstrim video, bermain games, ataupun berkongsi secara Hotspot.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Tahun Baru Cina Yoodo ini, sila rujuk ruangan FAQ Yoodo di sini. Jika anda belum memiliki kad sim Yoodo dan berminat untuk mendaftar, semak laporan kami tentang pelancaran dan cara mendaftar Yoodo di sini.

Tags: 8GB RM8Tahun Baru Cinayoodo
Najib

Najib

POPULAR

Tawaran termurah 8GB data hanya RM8 di Yoodo

Tawaran termurah 8GB data hanya RM8 di Yoodo

19 February 2018
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN