• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak lagi perlu menunggu, lokasi bas Rapid KL kini boleh dikesan di Google Maps

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 18/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna bas Rapid KL tidak lagi perlu menunggu ketibaan bas apabila hari ini, Rapid Bus melancarkan aplikasi khas Google Transit. Ia akan memberi kemudahan kepada ribuan pengguna perkhidmatan bas awam di Lembah Klang dan Selangor.

Aplikasi ini menggunakan platform terbuka Google, membolehkan para penumpang untuk menyemak lokasi semasa sebenar bas Rapid KL, untuk hampir 170 laluan bas di Lembah Klang termasuk bas perantara LRT, Go KL dan beberapa laluan-laluan perkhidmatan bas Smart Selangor yang terpilih.



Orang ramai boleh menyemak lokasi sebenar bas Rapid KL dengan membuka aplikasi Google Maps dan memasukkan destinasi yang ingin dituju. Kemudian tekan pada butang ‘Directions’ dan pilih tab pengangkutan awam.

Bas yang boleh dikesan lokasinya akan mempunyai tanda signal berwarna hijau di sisinya. Seterusnya, anda boleh memeriksa lokasi bas tersebut secara masa nyata di dalam peta.



Aplikasi khas Google Transit ini dibangunkan oleh Rapid Bus Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali operasi perkhidmatan bas Rapid KL, Go KL dan SMART Selangor. Mereka merancang untuk meluaskan lagi capaian ini kepada bas perantara MRT, Rapid Penang di Pulau Pinang dan Rapid Kuantan di Pahang.

Dengan adanya maklumat sebegini, para penumpang tidak lagi perlu menunggu lama di hentian bas. Mereka boleh melakukan aktiviti lain ketika menanti bas mereka dan menuju ke hentian sejurus sebelum ketibaan bas.

Selain menggunakan Google Maps, orang ramai turut boleh bertanyakan lokasi bas dan waktu ketibaannya menerusi akaun media sosial RapidKL di Twitter dan Facebook. Dari bulan Januari sehingga April 2020, Rapid KL menerima sebanyak 4,865 pertanyaan mengenai lokasi bas daripada pelanggan menerusi media sosial.

Kerajaan juga telah mengumumkan inisiatif pas tanpa had My30, di mana ia membolehkan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan tren dan bas Rapid KL tanpa had selama 30 hari, dengan bayaran RM30 sahaja.

Sumber: RapidKL

Tags: Bas RapidKLRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Tidak lagi perlu menunggu, lokasi bas Rapid KL kini boleh dikesan di Google Maps

18 June 2020
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER