• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan topeng muka Razer percuma setiap hari di 7-Eleven

  • OLEH Najib
  • 6:54 pm
  • 13/07/2020
  • Komen
Dapatkan topeng muka Razer percuma setiap hari di 7-Eleven
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai bulan Julai sehingga akhir tahun ini, pengguna dompet digital Razer Pay boleh mendapatkan topeng muka percuma di cawangan 7-Eleven terpilih di seluruh Malaysia. Pemberian ini dijayakan dengan kerjasama Berjaya Corporation dan Razer Fintech, bahagian teknologi kewangan Razer.

Untuk menebusnya sangat mudah, hanya buka aplikasi Razer Pay dan tebus di dalam aplikasi tersebut. Semua pengguna Razer Pay boleh menebus 1 topeng muka setiap bulan, dari bulan Julai hingga November 2020. Bermakna, sebanyak 5 topeng muka percuma boleh diperolehi. Setiap baucar yang ditebus di dalam aplikasi, perlu ditukar di 7-Eleven dalam masa 30-hari.



Selain itu, Razer turut memberikan topeng muka percuma setiap hari, kepada pengguna yang menggunakan Razer Pay untuk membuat bayaran di kedai-kedai di Malaysia. Dengan syarat, minima RM10 dalam pembayaran tersebut. Terhad kepada satu topeng muka percuma setiap hari, dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, sebelum menebus topeng muka percuma ini, pengguna Razer Pay harus memastikan akaun mereka telah disahkan. Pengesahan boleh dbuat dengan mengimbas kad pengenalam Malaysia, bersama nombor telefon Malaysia. Selepas diluluskan pengesahan, topeng muka boleh ditebus di 7-Eleven terpilih. Menurut Razer, buat masa ini cawangan yang terlibat ialah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang.



Menariknya, Razer menghasilkan sendiri penutup muka tiga lapis ini, dari kilang pengeluaran mereka. Ia menepati ujian penapisan virus dan bakteria sekurang-kurangnya 95% atau lebih, yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat dan Eropah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Razer Free Masks for Malaysia.

Sumber: The Sun

Tags: 7-ElevenrazerRazer Masksrazer pay
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan topeng muka Razer percuma setiap hari di 7-Eleven

Dapatkan topeng muka Razer percuma setiap hari di 7-Eleven

13 July 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN