• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rakyat Malaysia diminta melaporkan kepada YouTube jika terjumpa video porno Upin Ipin

  • OLEH Najib
  • 2:09 pm
  • 21/07/2020
  • Komen
Rakyat Malaysia diminta melaporkan kepada YouTube jika terjumpa video porno Upin Ipin
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pencipa kandungan YouTube, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengajak orang ramai untuk mengutuk perbuatan mengubah watak di dalam kartun Upin Ipin, kepada kandungan porno. Beliau turut membawa perhatian ini ke twitter.

Jenis tak makan saman!

Yang dah sedar tu Alhamdulillah.

Kenapalah depa ni dok kalut sangat buat memes lucah utk watak animasi Upin Ipin ni. pic.twitter.com/DMAFCmtLhS

— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 18, 2020

Akhi Fairuz telah membuat satu video dan dimuat naik di YouTube, menerangkan tentang masalah di mana banyaknya kandungan video yang menggunakan watak di dalam Upin Ipin sebagai objek seksual. Beliau menunjukkan betapa mudah dan banyaknya video sebegini ada di YouTube.



https://youtu.be/5UYjF7-6560

Tindakan yang diambil oleh Akhi Fairuz turut mendapat perhatian pencipta kandungan Upin Ipin, iaitu Les’ Copaque. Mereka berterima kasih dengan Akhi Fairuz dan meminta kepada semua agar membuat laporan jika terjumpa video Upin Ipin yang diubahsuai menjadi kandungan porno.

Terima kasih di atas keprihatinan saudara @akhifairuz_ utk membincangkan topik ini. Sekiranya ada terjumpa mana-mana video sedemikian 🙏tolonglah kami report.

Terima kasih semua https://t.co/k9ANyHSGAM

— Les' Copaque (@lescopaque) July 3, 2020

Jika anda menaip nama kak ros di dalam ruang carian di YouTube, cadangan yang keluar sendiri telah menyenaraikan carian yang kurang sesuai. Ini menunjukkan betapa mudahnya video yang kurang sesuai ini ditemui, terutama oleh kanak-kanak.



Justeru itu, rakyat Malaysia dan jiran serantau kita di Indonesia, diseru untuk membuat laporan kepada YouTube jika bertemu video porno Upin Ipin, termasuk mana-mana siri kartun kanak-kanak yang lain. Perkara ini tidak terhad kepada YouTube sebenarnya, tetapi di platform media sosial lain seperti Facebook dan Tik Tok.

Sumber: Malay Mail

Tags: Upin IpinYouTube
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Rakyat Malaysia diminta melaporkan kepada YouTube jika terjumpa video porno Upin Ipin

Rakyat Malaysia diminta melaporkan kepada YouTube jika terjumpa video porno Upin Ipin

21 July 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN