• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 23/07/2020
  • Komen
Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam ramai pengguna Celcom menerima SMS dari Celcom yang mengatakan ada berita gembira untuk mereka. Hari ini, laman web Celcom telah dikemaskini dengan berita tersebut, mengesahkannya secara rasmi.

Berita baik tersebut ialah, pengguna pelan pascabayar Celcom menerima naik taraf kuota internet secara percuma. Ia tidak terhad kepada pengguna pelan Mega terkini, tetapi juga kepada pelan lama seperti Celcom Mobile Postpaid dan Celcom First. Tetapi tidak untuk pelan pascabayar Xpax XP Lite. Tiada sebarang caj dikenakan untuk naik taraf ini dan segala kelebihan sedia ada dikekalkan. Ia akan berkuatkuasa pada kitaran bil pengguna akan datang.



Dari laman Pascabayar Celcom Mega, ia menunjukkan pelan asas Mega RM80/bulan menerima naik taraf 10GB, dari 30GB menjadi 40GB. Talian tambahan Family Line RM40/bulan juga dinaikkan kuota sekali ganda, dari 15GB kepada 30GB.

Pass Lightning tambahan turut dinaik taraf, tetapi bukan semua. Bagi Pass Lightning M, ia kekal ditambah 10GB sahaja, tetapi dengan pelan asas menjadikannya 50GB pada kadar RM90/bulan.



Untuk Pass Lightning L berkadar RM148/bulan, ia ditambah 10GB dan dicampurkan dengan pelan asas, menjadikan jumlah kuota dari 60GB kepada 80GB. Tambahan yang sama juga untuk Pass Lightning XL berharga RM148/bulan, dari jumlah 100GB kepada 120GB.

Untuk Pass Unlimited, tiada perubahan kuota padanya memandangkan ia tiada had kuota. Semua pelan Celcom Mega datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian, serta SMS pada kadar 20sen setiap satu.

Celcom kini menawarkan pelan pascabayar menerusi Celcom Mega dan Xpax XP Lite. Pelan Xpax XP Lite boleh dilanggan dari serendah RM28 dengan 1GB data sebulan, bersama tambahan M Pass atau L Pass untuk YouTube tanpa had. Semua pelan ini diberikan panggilan tanpa had ke semua talian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.celcom.com.my

Tags: celcomcelcom mega
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar

Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar

23 July 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN