• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

15 telefon Oppo Reno4 untuk dimenangi di majlis pelancaran pada 3 Ogos

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 29/07/2020
  • Komen
15 telefon Oppo Reno4 untuk dimenangi di majlis pelancaran pada 3 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo akan melancarkan telefon pintar siri Reno4 di Malaysia tidak lama lagi. Majlis pelancaran tersebut akan diadakan pada hari Isnin depan, 3 Ogos 2020 menerusi siaran langsung bermula dari pukul 6.30 petang.

Majlis pelancaran ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari artis-artis Malaysia, iaitu Elizabeth Tan, Ayda Jebat, Phei Yong, Azira Shafinaz, Michiyo Ho, Baki Zainal dan Pauline Tan.



Lebih menarik lagi, penonton acara pelancaran ini berpeluang untuk memenangi salah satu dari 15 unit telefon pintar Oppo Reno4, yang disediakan sebagai hadiah kepada yang bertuah. Penonton juga boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM100 untuk membeli telefon pintar terbaru Oppo ini.

Terdapat dua cara untuk memenangi telefon pintar Oppo Reno4 semasa pelancaran ini. Pertama dengan ‘Like’ dan ‘Share’ majlis pelancaran OPPO Reno4 yang terdapat di Facebook Page Oppo Malaysia. Perkongsian ini haruslah disertakan tanda pagar #OPPOReno4Series dan ditetapkan kepada ‘Public’ agar boleh dilihat semua. Oppo akan memilih 5 pemenang bertuah selepas 48 jam untuk membawa pulang Oppo Reno4 yang baru.



Cara kedua pula ialah melalui kuiz semasa sesi ‘unboxing’ di majlis pelancaran tersebut. Sebanyak 10 unit Oppo Reno4 disediakan sebagai hadiah dalam kategori ini. Seperti tadi, haruslah ‘Like’ dan ‘Share’ majlis pelancaran OPPO Reno4 yang terdapat di Facebook Page Oppo Malaysia, bersama tanda pagar #OPPOReno4Series.

Kemudian, jawab soalan yang dikemukakan dengan tepat bersama tanda pagar #OPPOReno4Series di dalam ruangan komen, semasa sesi QnA diadakan. Tunggu sehingga tamat majlis pelancaran untuk menyaksikan 10 orang pemenang dipilih untuk menjadi pemilik Oppo Reno4 yang baru.

Oppo Reno4 Pro

Untuk mendapatkan rebat tunai bagi membeli siri Oppo Reno4 ini, ia boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di bahagian bawah skrin, sepanjang majlis pelancaran. Rebat sebanyak RM50 diberikan untuk pembelian Reno4 dan rebat RM100 bagi Reno4 Pro. Pembelian boleh dibuat di Stor Online Oppo dalam masa 24 jam selepas pelancaran, iaitu sebelum 6.30 petang pada 4 Ogos 2020.

Maklumat lanjut serta syarat dan terma pemberian Oppo Reno4 ini boleh di sini.

Jangan lupa untuk menyaksikan pelancaran siri Oppo Reno4 di Malaysia pada hari Isnin, 3 Ogos 2020, pukul 6.30 petang. Sambil berpeluang memenangi salah satu dari 15 unit Oppo Reno4. Majlis pelancaran ini boleh ditonton di Facebook, YouTube dan Twitter, serta di 8TV dan TV3.

Sumber: Oppo

Tags: oppoOppo Reno 4Oppo Reno 4 Pro
Najib

Najib

POPULAR

15 telefon Oppo Reno4 untuk dimenangi di majlis pelancaran pada 3 Ogos

15 telefon Oppo Reno4 untuk dimenangi di majlis pelancaran pada 3 Ogos

29 July 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN