• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 01/09/2020
  • Komen
Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan telefon pintar dengan teknologi kamera di bawah skrin ke pasaran secara meluas, pada tahun 2021. Ia akan mengugnakan teknologi kamera bawah skrin generasi ke-3 yang dicipta oleh Xiaomi sendiri.

Pengumuman ini merupakan salah satu dari pencapaian teknologi Xiaomi untuk peranti berkuasa tinggi. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan telefon pintar Mi 10 Ultra, dengan pengecasan pantas 120W menggunakan bateri graphene pertama di pasaran, bersama pengecasan pantas wayarles 50W.



Bagaimana teknologi kamera bawah skrin Xiaomi berfungsi?

Piksel skrin di atas kamera dalam teknologi generasi ke-3 Xiaomi ini, membenarkan kamera menangkap cahaya melalui celah sub-piksel, bagi membolehkan setiap piksel mengekalkan kedudukan warna RGB, tanpa mengorbankan ketumpatan piksel.



Xiaomi menjelaskan, mereka berjaya menggandakan piksel ini berbanding penyelesaian oleh pengeluar lain. Ini membolehkan skrin di atas kamera, mengekalkan tahap kecerahan dan ketepatan warna, hampir sama seperti skrin biasa.

Teknologi ini dipadankan dengan rekaan litar khas yang membolehkan lebih banyak komponen dipasang di bawah piksel RGB, bagi membenarkan lebih banyak cahaya disalurkan. Ia digandingkan juga dengan pengoptimuman algoritma yang dicipta juga oleh Xiaomi.

Xiaomi juga baru sahaja mengumumkan laporan pendapatan separuh pertama tahun 2020, di mana mereka mencatatkan kenaikan tinggi untuk pasaran telefon pintar premium. Untuk suku kedua 2020, pengeluaran telefon pintar premium Xiaomi berharga lebih EUR 300 (~RM 1,473), meningkat 99.2% berbanding suku yang sama tahun lepas.

Pasaran telefon pintar berprestasi tinggi merupakan pentas untuk pengeluar yang memiliki teknologi canggih dan terkini, sekaligus mengehadkan pemain yang mampu menyertainya. Sehingga kini, Xiaomi telah berjaya menghasilkan gabungan pelbagai teknologi canggih seperti pengecasan pantas, kamera, skrin dan lain-lain. Xiaomi mahu terus meneroka agar meletakkan telefon pintar mereka sebagai peneraju pasaran kelas tertinggi.

Sumber: Xiaomi

Tags: xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan

Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan

1 September 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER