• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M51 kini rasmi dengan bateri 7,000mAh

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 01/09/2020
  • Komen
Samsung Galaxy M51 kini rasmi dengan bateri 7,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Ura-ura tentang telefon Samsung dengan bateri 7,000mAh kini menjadi kenyataan. Samsung Galaxy M51 kini telah tersedia secara rasmi menerusi laman Samsung Jerman. Ini adalah telefon paling berkuasa di dalam keluarga Galaxy M, serta bateri paling besar pernah ada untuk telefon pintar Samsung.

Terdapat dua warna disediakan untuk Galaxy M51 iaitu hitam dan putih. Rekaannya tidak jauh berbeza dengan siri Galaxy A dan Galaxy M sedia ada. Di hadapan, ia memiliki skrin Super AMOLED berukuran 6.7-inci berlubang kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 32MP.



Dari laman spesifikasi, ia dikuasakan oleh pemproses 8-teras, dipercayai adalah cip Qualcomm Snapdragon 730 atau 730G, sama seperti Galaxy A71. Telefon ini dilengkapi RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB, bersama sokongan kad mikroSD.

Kamera belakangnya ada empat, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera makro 5MP dan kamera pengesan kedalaman 5MP. Kamera hadapannya 32MP.



Agak aneh apabila pengimbas capjari telefon ini terletak di sisi, walaupun ia menggunakan skrin Super AMOLED. Ia adalah sama seperti di Galaxy M31s yang baru dilancarkan di India.

Tarikan utama telefon ini sudah pasti pada baterinya. Bateri berkapasiti 7,000mAh dimuatkan di dalamnya, dengan sokongan pengecasan pantas 25W melalui USB-C.

Di Jerman, telefon ini dijual pada harga EUR 360 (~RM1,786). Sudah pasti, jika telefon ini dijual di Malaysia, harganya akan jauh lebih rendah dari harga di Eropah. Untuk perbandingan, Galaxy M31 di jual di Malaysia pada harga RM1,099 sahaja, berbanding harganya di Jerman iaitu EUR 262 (~RM1,300).

Sumber: Sammobile

Tags: samsungSamsung Galaxy M51
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M51 kini rasmi dengan bateri 7,000mAh

Samsung Galaxy M51 kini rasmi dengan bateri 7,000mAh

1 September 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN