• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tempahan awal ROG Phone 3 Strix Edition dibuka esok

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 02/09/2020
  • Komen
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia akhirnya memecah berita apabila mengumumkan akan membuka tempahan awal untuk telefon gaming terbaru mereka, ROG Phone 3 pada 3 September 2020. Tempahan awal ini akan turut menerima hadiah percuma berupa casing Lighting Armor dan pelindung skrin Tempered Glass.

Bagaimanapun, hanya model asas Strix Edition yang akan dibuka tempahan awalnya pada 3 September 2020. Walaupun ROG Phone 3 Strix Edition serba serbi sama dalam semua aspek, kekurangannya berbanding edisi biasa ialah penggunaan pemproses Snapdragon 865, RAM 8GB dan storan 256GB. Edisi biasa memiliki pemproses Snapdragon 865+, RAM sehingga 16GB dan storan 512GB.



Tempahan awal ini boleh dilakukan hanya dalam talian, di Stor Rasmi Asus di Lazada dan Shopee sahaja. Harga jualan ROG Phone 3 masih belum diberitahu dan ia mungkin akan diumumkan apabila tempahan awal bermula.

Sebelum ini, Asus telah memberi petunjuk bahawa harga ROG Phone 3 di Malaysia tidak akan jauh berbeza dengan model sebelumnya. Untuk rujukan, ROG Phone II Strix Edition dilancarkan tahun lepas pada harga RM 2,499 dengan RAM 8GB dan storan 128GB.



Jika belum kenal, ROG Phone 3 menampilkan skrin AMOLED HD Penuh berukuran 6.59-inci, dengan kadar penyegaran setinggi 144Hz. Selain pemproses Snapdragon 865+, ia menggunakan RAM LPDDR5 serta storan UFS3.1 untuk memberikan prestasi tertinggi.

Bateri di dalamnya antara terbesar di pasaran, berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Speaker stereo yang menembak bunyi terus ke muka, dipasang di bawah dan atas skrin.

Antara perkakas yang hadir bersama di dalam kotak adalah kipas penyejuk AeroActive Cooler 3. Jek audio 3.5mm tidak lagi terdapat pada telefon ini, tetapi ia boleh ditambah dengan memasang kipas penyejuk ini.

Kamera di belakang telefon ini kini bertambah kepada tiga. Ia gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapannya pula 24MP, terletak di bingkai atas skrin menjadikan skrinnya penuh tanpa lubang dan takuk.

Kenali ROG Phone 3 dengan lebih mendalam menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Sumber: Asus Malaysia

Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada

Tempahan awal ROG Phone 3 Strix Edition dibuka esok

2 September 2020
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER