• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 07/09/2020
  • Komen
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini melancarkan kempen percubaan langsung rangkaian 5G mereka, ‘Fast Forward with U Mobile 5G‘ untuk semua pelanggan merasai sendiri pengalaman menggunakan 5G. Lebih mudah lagi, pengguna tidak perlu menukar kad SIM mereka untuk mencuba 5G.

Tempoh percubaan 5G ini akan berjalan dari 7 September sehingga 31 Disember 2020, di dalam pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Semua pelanggan pascabayar dan prabayar boleh mencuba sendiri rangkaian 5G U Mobile, yang menggunakan pancaran spektrum 3.5GHz NSA di dalam bangunan tersebut.



Buat masa ini, U Mobile menyatakan hanya beberapa model telefon pintar terpilih boleh menguji rangkaian 5G mereka ini iaitu Huawei Nova 7 SE, Mate 30 Pro 5G, P40, P40 Pro dan P40 Pro+. Lebih banyak model peranti lain akan disokong tidak lama lagi. Percubaan 5G U Mobile ini juga terhad di tingkat LG, G dan 1 di BTS.

Bagi meraikan percubaan langsung 5G ini, U Mobile turut menawarkan telefon pintar Huawei P40, dari serendah RM59/bulan yang disertakan hadiah percuma berupa Huawei Band 4 dan casing pengecasan wayarles (selagi stok masih ada). Tawaran ini boleh didapati dengan melanggan pelan U Mobile terpilih dari mana-mana cawangan U Mobile atau kedai dalam talian mulai hari ini.



Tags: 5gu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

7 September 2020
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN