• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Oppo Reno 4 Pro tiba dengan edisi khas Christy Ng dan Pestle & Mortar

  • OLEH Najib
  • 2:30 pm
  • 14/09/2020
  • Komen
Warna baru Oppo Reno 4 Pro tiba dengan edisi khas Christy Ng dan Pestle & Mortar
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan warna baru Galactic Blue, untuk telefon pintar Reno 4 Pro. Ia menyertai warna sedia ada sebelum ini, hitam dan putih. Warna baru ini turut dilancarkan secara ekslusif dengan kerjasama Christy Ng dan Pestle & Mortar.

Oppo mengekalkan harga yang sama untuk warna baru ini. Reno 4 Pro Galactic Blue boleh dibeli pada harga RM2,399 bermula dari 11 September 2020. Lebih menarik lagi, edisi eksklusif Christy Ng dan Pestle & Mortar, turut dijual pada harga yang sama, RM2,399.



Khas untuk 300 tempahan terawal edisi eksklusif ini, dari 11 hingga 25 September 2020, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa beg telefon (Edisi Christy Ng) atau T-shirt (Edisi Pestle & Mortar). Tetapi cenderahati eksklusif ini turut akan dijual kepada peminat, berharga RM119 bermula 26 September 2020.

Telefon pintar Oppo Reno 4 dikuaakan oleh pemproses Snapdragon 720G, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ia memiliki skrin AMOLED sebesar 6.55-inci, dalam resolusi HD Penuh serta kadar penyegaran 90hz. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.



Reno 4 Pro ada empat kamera belakang dan satu kamera depan. Untuk kamera belakang, ia tampil dengan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP, dan satu lagi kamera monokrom untuk mengambil gambar. Swafoto pula diuruskan oleh kamera hadapan 32MP yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Tags: oppoOppo Reno 4 ProPestle & Mortar
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Warna baru Oppo Reno 4 Pro tiba dengan edisi khas Christy Ng dan Pestle & Mortar

Warna baru Oppo Reno 4 Pro tiba dengan edisi khas Christy Ng dan Pestle & Mortar

14 September 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER