• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

3 perkara mustahil kini boleh dilakukan di Galaxy Z Fold2

  • OLEH Penaja
  • 11:24 am
  • 15/09/2020
  • Komen
Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2
Share on FacebookShare on Twitter

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung)

Walaupun telefon pintar adalah sebuah peranti yang canggih, masih banyak perkara yang tidak dapat dibuat dengan telefon pintar biasa. Kedatangan Galaxy Z Fold2 dengan skrin boleh lipat, kini menjadikan telefon pintar mampu membuat lebih banyak tugasan yang mustahil dilakukan di telefon pintar sebelum ini.

Engsel pada Galaxy Z Fold2 kini dinaik taraf agar ia boleh dibuka dalam mana-mana sudut yang diperlukan. Bukan sekadar buka, tutup atau 90 darjah sahaja. Sebab itu, Galaxy Z Fold2 adalah peranti luar biasa.

Di bawah ini ada 3 perkara yang hanya Galaxy Z Fold2 boleh lakukan.

1. Ambil gambar diri sendiri

Salah satu perkara kegemaran ramai masakini ialah berswafoto, tidak kiralah mengambil gambar bersendiri atau beramai-ramai dengan keluarga dan sahabat. Masalah timbul apabila semua orang mahu masuk ke dalam gambar dan tiada yang mahu menjadi tukang ambil gambar. Kalau ada tripod mungkin dapat membantu tetapi kebiasaannya tripod bukanlah perkara yang sering dibawa bersama.

Galaxy Z Fold2 boleh mengatasi masalah ini kerana ia boleh diletakkan di mana-mana, kemudian halakan kamera ke sudut yang sesuai dan hidupkan pemasa. Gambar boleh diambil tanpa perlu tripod dan bantuan pihak ketiga, atau kedua.

2. Rakam video diri sendiri

Merakam video diri sendiri untuk masa yang panjang, juga boleh dilakukan dengan Galaxy Z Fold2 tanpa tripod atau bantuan orang lain. Perkara ini boleh membantu mereka yang gemar mengambil video sendiri, sama ada untuk vlog, tik tok atau membuat panggilan video.

Hanya buka Galaxy Z Fold2, tetapkan sudut yang dimahukan, dan mulakan rakaman. Menari dan menyanyilah sepuasnya, atau berbual di panggilan video tanpa penat memegang telefon terlalu lama. Sebab ia boleh berdiri sendiri.

3. Tonton video sendiri

Menonton video di peranti mudah alih semakin menjadi pilihan pengguna. Tidak kiralah di atas katil, di meja belajar mahupun di kedai makan. Tetapi jika tiada benda untuk meletakkan telefon di sudut yang selesa dipandang, ia sangat mengganggu tumpuan menonton.

Ini bukanlah satu masalah dengan Galaxy Z Fold2 kerana engsel yang digunakannya, boleh menetapkan skrin di sebarang sudut yang diingini. Untuk YouTube pula, anda boleh menonton video di bahagian atas skrin, sambil membaca komen di bahagian bawahnya.


Tiada lagi yang mustahil dengan Galaxy Z Fold2. Tempah seunit sekarang di sini dan dapatkan hadiah percuma berupa fon kepala Galaxy Buds Live dan pemegang kad MontBlanc. Maklumat lanjut boleh ditemui di laman produk Samsung Galaxy Z Fold2.

Tags: penajasamsungSamsung Galaxy Z Fold 2
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2

3 perkara mustahil kini boleh dilakukan di Galaxy Z Fold2

15 September 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER