• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Mate 40 akan dilancar 22 Oktober dengan cip Kirin terakhir

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 12/10/2020
  • Komen
Siri Huawei Mate 40 akan dilancar 22 Oktober dengan cip Kirin terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei kini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri Mate 40 pada hujung bulan ini. Tarikhnya telah ditetapkan pada 22 Oktober 2020, menuruti tradisi sebelum ini di mana ia dilancarkan selepas iPhone terbaru diperkenal.

Memandangkan wabak COVID-19 masih belum reda, majlis pelancaran ini dilakukan secara dalam talian sahaja. Ia akan bermula pukul 14:00 CEST, bersamaan pukul 8 malam waktu Malaysia hari yang sama. Malaysia merupakan salah satu pasaran utama peranti Huawei, jadi kita boleh menjangkakan ia akan tiba ke Malaysia sejurus pelancaran global.



Selepas menyekat jualan peranti, Amerika Syarikat (AS) turut mengetatkan lagi hubungan perniagaan syarikat di AS dengan Huawei dan ia telah memberi kesan kepada pengeluaran cip pemproses Kirin, yang dihasilkan Huawei dengan kerjasama TSMC. Siri Mate 40 mungkin menampilkan cip Kirin 9000 terakhir dikeluarkan Huawei. Dengan jumlah cip terhad, unit jualan siri Mate 40 mungkin akan terhad juga.

Sumber: OnLeaks

Dari segi rekaan, maklumat terbocor sebelum ini menunjukkan Mate 40 dan Mate 40 Pro akan mengekalkan modul kamera belakang bulat yang besar, dalam susunan 2×2. Kedua-dua model akan menyokong rangkaian 5G. Skrinnya pula menggunakan paparan 120Hz dengan lubang di atas, untuk memuatkan dua kamera hadapan.



Siri Mate 40 juga masih menjalankan sistem operasi Android bersama Huawei Mobile Services. Bermakna, ia tiada aplikasi dan perkhidmatan Google dan pengguna perlu menggunakan Huawei AppGallery untuk memuat turun aplikasi.

Sumber: Huawei

Tags: HuaweiHuawei Mate 40
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Huawei Mate 40 akan dilancar 22 Oktober dengan cip Kirin terakhir

Siri Huawei Mate 40 akan dilancar 22 Oktober dengan cip Kirin terakhir

12 October 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER