Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple, Huawei dan Samsung akan guna paparan 120Hz di siri flagship akan datang

Buat masa ini, Apple dan Huawei masih belum menggunakan paparan 120Hz di telefon pintar keluaran mereka. Tetapi mereka dijangka akan memasangnya pada peranti flagship yang akan datang.

Perkara ini dilaporkan oleh Ross Young, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perunding, Display Supply Chain Consultants (DSCC). Beliau berkongsikan menerusi ciapan di twitternya, senarai telefon pintar yang telah dan akan menggunakan paparan 120Hz.

Dalam senarai itu, beberapa telefon pintar yang telah dilancarkan dan menggunakan paparan 120Hz adalah ASUS ROG Phone 2, OnePlus 8 Pro, Oppo Find X2 dan X2 Pro, Razer Phone 2, Realme X3 Superzoom, keluarga Samsung Galaxy S20, Vivo X50 Pro Plus, Poco X2 dan ZTE nubia Red Magic 5G (144Hz).

Model yang masih belum dilancarkan dari senarai beliau tersebut adalah Apple iPhone 12 Pro dan Pro Max, Huawei Mate 40, Samsung Galaxy Fold 2 serta keluarga Samsung Galaxy Note 20. Maklumat tentang telefon baru Samsung dan Apple ini memang telah lama tersebar, tetapi pasal Huawei adalah berita baru.

Huawei P40 yang dilancarkan pada bulan Mac lepas, hanya menampilkan paparan 90Hz. Itu pun untuk model Pro dan Pro+ sahaja. Bagi model asas P40, ia masih dengan paparan 60Hz. Jika Huawei mengikut langkah ini, paparan 120Hz mungkin hanya terdapat di model Mate 40 Pro sahaja.

Siri Mate 40 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Tahun lepas, siri Mate 30 dilancarkan pada bulan September. Tetapi pelbagai kekangan dari pelbagai sudut dijangka melambatkan pelancaran model flagship akan datang Huawei ini.

BACA  Google pancing Samsung untuk tinggalkan Bixby dan Galaxy App Store

Berita yang dikongsikan oleh Ross ini boleh diambil serius kerana beliau sebagai penganalisa industri paparan, sering mendapat maklumat dari sumber dalaman lebih awal. Sebelum ini, beliau adalah orang pertama memaklumkan penggunaan paparan 120Hz di Galaxy Fold 2 yang akan datang.

Sumber: Android Headlines