• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Video parodi Maxis beri petunjuk kedatangan iPhone 12

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 12/10/2020
  • Komen
Video parodi Maxis beri petunjuk kedatangan iPhone 12
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akan melancarkan siri iPhone 12 mereka minggu ini dan kita boleh menjangkakan ia akan tiba ke Malaysia selepas itu. Perkara ini seperti disahkan oleh Maxis apabila mereka telahmemuat naik video petunjuk mengenai iPhone 12 dan menyatakan tempahan awal akan dibuka tidak lama lagi.

Dalam video tersebut, Maxis sebenarnya tidak tidak menyatakan secara terus, tetapi ia lebih kepada video parodi mengenai iPhone 12. Video itu bertajuk “12 – Speed has arrived” dan dimuat naik di saluran YouTube mereka. Ia menampilkan “Jim Book”, yang menerangkan tentang “12” baru yang akan datang.



Video itu turut memberi petunjuk tentang 4 model baru, iaitu 12 Mini, 12, 12 Max dan 12 MoreMax. 12 yang baru ini juga akan datang dalam pelbagai pilihan warna.

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, video ini menjelaskan bahawa pengecas dan fon kepala tidak terdapat di dalam kotak. Selain itu, telefon 12 ini juga kalis air dan ada pengecaman wajah, serta pengimbas LiDAR dan mod malam di kamera.



Dengan petunjuk lebih awal dari pelancaran, ini menunjukkan bahawa tempahan awal iPhone 12 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. iPhone 11 tahun lepas, mula dijual di Malaysia seminggu selepas gelombang pertama jualan di negara seperti Amerika Syarikat, Australian dan Singapura. Ia adalah tempoh terpantas iPhone mula dijual di Malaysia.

Menurut kebiasaan, Apple akan mula menjual iPhone dua minggu selepas pelancarannya. Untuk pelancaran pada 14 Oktober, tempahan terawal gelombang pertama akan bermula pada 16 Oktober dan jualan pertama pada 23 Oktober. Jika Apple menggunakan cara yang sama seperti tahun lepas, kita boleh melihat iPhone 12 dijual di Malaysia pada penghujung bulan Oktober.

Majlis pelancaran produk baru Apple akan diadakan pada hari Rabu ini, pukul 1 pagi waktu Malaysia. Semua perkara pasti akan diketahui pada majlis tersebut.

https://youtu.be/7JoaOTeHhhg
Tags: appleApple iPhone 12maxis
Najib

Najib

POPULAR

Video parodi Maxis beri petunjuk kedatangan iPhone 12

Video parodi Maxis beri petunjuk kedatangan iPhone 12

12 October 2020
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN