• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini rupa sebenar 4 model baru iPhone 12

  • OLEH Najib
  • 10:00 pm
  • 13/10/2020
  • Komen
Ini rupa sebenar 4 model baru iPhone 12
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Apple melancarkan telefon pintar siri iPhone 12, tetapi satu berita terbocor yang sangat menarik telah keluar dahulu. Penbocor berita terkenal, Evan Blass telah berkongsi gambar sebenar seluruh model siri iPhone 12.

Dari gambar tersebut, terdapat empat telefon pintar dalam siri ini iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.



iPhone 12 mini
iPhone 12

Untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12, terdapat 5 warna bersamanya iaitu putih, hitam, biru, hijau dan merah. Manakala untuk iPhone 12 Pro dan Pro Max pula, hanya ada 4 warna iaitu biru, emas, kelabu dan perak. Warna biru dilihat sebagai warna eksklusif iPhone 12 Pro, sama seperti warna hijau untuk iPhone 11 Pro.

Bagi iPhone 12 mini dan iPhone 12, ia dikira barisan prestasi lebih rendah dengan hanya dua kamera belakang iaitu kamera utama dan kamera ultra lebar. Manakala untuk versi Pro dan Pro Max, ia mengekalkan tiga kamera dengan tambahan sensor LiDAR, seperti yang terdapat di iPad Pro untuk kegunaan AR.



iPhone 12 Pro
iPhone 12 Pro Max

Di hadapan, Apple masih mengekalkan takuk lebar yang diwarisi sejak iPhone X. Di sisi, ia tidak lagi melengkung sebaliknya diratakan kembali seperti di iPhone 4 dan iPhone 5. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan lebar telefon, walaupun bingkai masih kelihatan agak jelas.

Anda boleh melihat semua warna siri iPhone 12 di laman Evan di Voice.com.

Apple akan mengadakan majlis pelancaran iPhone 12 pada 14 Oktober 2020, pukul 1 pagi waktu Malaysia. Tahun lepas, Apple menjual iPhone 11 di Malaysia dalam masa seminggu selepas jualan gelombang pertama. Jika masih sama, rakyat Malaysia akan dapat membeli iPhone 12 sekitar hujung bulan Oktober ini.

Maxis baru-baru ini telah memberi petunjuk kedatangan iPhone 12 menerusi video parodi di mana ia menawarkan empat model baru telefon pintar tersebut.

Sumber: Evan Blass

Tags: appleApple iPhone 12Apple iPhone 12 ProApple iPhone 12 Pro Max
Najib

Najib

POPULAR

Ini rupa sebenar 4 model baru iPhone 12

Ini rupa sebenar 4 model baru iPhone 12

13 October 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN