• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Waktu kerja di pejabat dibenarkan 4 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja

  • OLEH Najib
  • 1:49 pm
  • 21/10/2020
  • Komen
PKPB: Waktu kerja di pejabat dibenarkan 4 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan arahan, supaya semua pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pentadbiran, supaya tidak hadir ke pejabat dan bekerja dari rumah (BDR). Arahan ini dikuatkuasakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bermula dari 22 Oktober 2020.

Arahan ini dijelaskan lagi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau menerangkan, MITI bersetuju membenarkan maksimum 10% pekerja berada di pejabat, merangkumi tugasan seperti perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT.



Sumber: Azmin Ali

Bagaimanapun, ia dibenarkan untuk tempoh terhad iaitu: 4 jam sehari dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, dan 3 hari seminggu.

Kebenaran bekerja di pejabat ini tidak memerlukan syarikat untuk membuat permohonan. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.



Sumber: MITI

Tetapi kenyataan ini tidak menjelaskan beberapa perkara penting yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam. Antaranya, pekerja perlu melakukan swab test COVID-19, di mana kosnya akan ditanggung oleh PERKESO, jika majikan ada mencarum.

Langkah mengetatkan lagi pergerakan pekerja di kawasan PKPB, dibuat memandangkan Malaysia terus mencatat jumlah kes positif tertinggi walaupun selepas seminggu PKPB dilaksanakan. Selama 4 hari berturut-turut, kes positif COVID-19 mencatat lebih 800 kes harian, di mana Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi.

Sumber: Azmin Ali
Sumber Gambar: Malay Mail

Tags: Azmin AliCOVID-19MITIPKPB
Najib

Najib

POPULAR

PKPB: Waktu kerja di pejabat dibenarkan 4 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja

PKPB: Waktu kerja di pejabat dibenarkan 4 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja

21 October 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN