• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini 2 terima OccuSync dan videografi 4K pada harga bermula RM1,899

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 pm
  • 05/11/2020
  • Komen
DJI Mini 2 terima OccuSync dan videografi 4K pada harga bermula RM1,899
Share on FacebookShare on Twitter

Daripada sudut spec atas kertas, dron DJI Mini yang baru dilancarkan ini miliki komponen seakan DJI Mavic Mini. Perlu diingatkan yang tatacara penamaan telah ditukar macam di DJI OM4 dan DJI Pocket 2.

Beza DJI Mini 2 dengan Mavic Air adalah ia kini menggunakan teknologi OccuSync sebagai protokol komunikasi antara alat kawalan dengan pesawat. OccuSync memberikan jarak komunikasi lebih jauh, sehingga 10km berbanding 4km pada sistem sebelum ini.



Kemudian, disebabkan OccuSync miliki jalur yang lebih lebar, suapan video daripada pesawat ke telefon pintar boleh pergi sehingga 8 Mbps berbanding 4 Mbps. Jadi anda boleh jangkakan kualiti video serta latensi yang lebih baik. Ia kini menggunakan alat kawalan seperti Mavic Air 2 yang lebih canggih.

Tempoh penerbangan kekal sekitar 30 minit walaupun bateri kali ini lebih kecil iaitu 2,250mAh dan fizikaliti pesawat kekal sama termasuklah berat 250g-nya.



Mavic Mini Masuki Malaysia Pada Harga Lebih Murah Daripada Spark

Daripada sudut videografi, ia masih gunakan kamera bersensor 1/2.3” seperti sebelumnya tapi ada beberapa naik taraf boleh dicerap pada helaian spesifkasi seperti:

  • Bitrate dipertingkat kepada 100Mbps daripada 80Mbps
  • Resolusi video boleh pergi sehingga 4K@30
  • Ada zum sehingga 4x dalam resolusi FHD ataupun 2x dalam 4K

Drones Kaki di Facebook sudahpun mengutuskan maklumat tempahant DJI Mini 2 pada harga seperti berikut:

  • Mini 2 – RM1,899
  • Mini 2 Fly More Combo – RM2,499

Anda boleh lakukan tempahan sekarang di Lazada & Shopee dan dijangka terima dron pada 12 November 2020.

DJI Mini 2
DJI Mini 2 Fly More Combo
Tags: djidji mavicdji mavic minidji mini 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Mini 2 terima OccuSync dan videografi 4K pada harga bermula RM1,899

DJI Mini 2 terima OccuSync dan videografi 4K pada harga bermula RM1,899

5 November 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN