Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia
Sudah menjadi sebahagian DNA dalam siri Galaxy Note sebagai sebuah gajet yang dikhusukan untuk produktiviti. Ia menjadi pelopor kepada stailus yang praktikal bukan saja untuk menulis tapi juga sebagai alat navigasi antara muka OneUI.
Sebagai model yang mengepalai siri Galaxy Note untuk tahun 2020, Samsung Galaxy Note20 Ultra membawakan seribu satu penambahbaikkan untuk memperkasa aspek produktiviti yang mampu ditawarkannya.
Jika ia mantap di bahagian itu, anda jugalah yang mendapat manfaatnnya. Berikut adalah naik taraf Galaxy Note20 Ultra daripada sudut produktiviti yang perlu anda ketahui.
Tongkat Sakti S Pen
Visi utama S Pen adalah untuk berikan pengalaman menulis seperti gunakan pen yang sebenar. Sebab itulah setiap generasi S Pen akan ada penambahbaikkan daripada segi latensi.
Untuk generasi kali ini, Samsung berjaya merendahkan latensi S Pen Galaxy Note20 Ultra kepada hanya 9ms. Ia adalah naik taraf saujana kerana pada Galaxy Note10 dulu, latensi stailusnya berada pada tahap 42ms.
Hampir 5 kali ganda lebih pantas bertindak balas bermakna sejurus mata pena terkena permukaan paparan telefon, hanya 9 mikrosaat saja diambil untuk anda nampak “dakwat digital” terpapar atasnya untuk berikan pengalaman menulis seperti atas kertas.
Ia dibantu oleh paparan Dynamic AMOLED 2X yang ada refresh rate setinggi 120Hz serta kadar memproses input paparan setinggi 240Hz.
Walaupun S Pen telah hadir sejak iterasi pertama Galaxy Note, namun ciri Bluetooth hanya hadir bermula Galaxy Note9 apabila Samsung memanfaatkan super kapasitor untuk menguasakan stailus tersebut.
Hasilnya, anda boleh gunakan butang pada stailus untuk arahan khas seperti ambil gambar ataupun hayunkan stailus ala tongkat sakti. Tapi di Galaxy Note20 Ultra, ada lebih banyak jenis hayunan boleh anda lakukan seperti:
- Hayun ke kiri dan kanan untuk back
- Hayun ke kanan dan kiri untuk recent APP
- Hayun ke atas dan bawah untuk pergi ke Home
- Hayun ke bawah dan atasuntuk Smart Select
- Hayun zigzag untuk lancarkan fungsi Screen Write
Buku catatan Samsung Notes
Pada bahagian ini, Samsung telah memperkemas dan menyuntik beberapa fungsi baharu agar proses merakam idea atau mencatat maklumat jadi lebih mudah.
Bukan sahaja menyimpan nota jadi lagi mudah, mengakses nota lama dan berkongsi dengan pihak luar juga telah dipermudah.
Nota kini disusun dalam folder untuk jadi lebih mudah diakses. Anda boleh wujudkan folder khusus untuk tempatkan nota khusus.
Apa yang boleh anda buat untuk berkongsi nota?
Berbanding lakukan tangkap layar dan kongsi, anda boleh eksportkannya jadi PDF, Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, gambar ataupun tukarnya jadi teks sebelum dikongsikan.
Link to Windows
Anda tentu sering dengan tentang Samsung DeX, ciri yang menukar telefon Galaxy anda jadi seakan komputer. Tapi, ia ada satu ciri yang jarang diketengahkan tapi sangat berguna.
Link to Windows adalah hasil usaha sama Samsung dengan Microsoft untuk membolehkan telefon bersinergistik dengan laptop/komputer yang menjalankan sistem operasi Windows.
Sinergistik yang dimaksudkan adalah, apabila Galaxy Note20 Ultra ditambat pada komputer, ada boleh mengawal pelbagai benda di telefon menerusi komputer.
Gambar dan dokumen boleh ditarik dari telefon masuk ke komputer dengan lancar. Anda boleh salin teks di komputer dan tampal di telefon. Anda boleh baca senarai SMS yang masuk di paparan komputer ataupun mengetahui notifikasi apa yang masuk ke telefon di skrin komputer.
Bukan itu saja, ada juga fungsi screen mirror yang bolehkan anda lihat paparan telefon di komputer.
Pacu produktiviti anda dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra
Siri Samsung Galaxy Note20 hadir dalam pelbagai varian. Antara yang boleh ada pilih ialah:
- Galaxy Note20 (256GB) – RM3,899
- Galaxy Note20 5G (256GB) – RM4,299
- Galaxy Note20 Ultra 5G (256GB) – RM5,199
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.