• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2021: BSH ditukar ke BPR, had umur bujang turun dari 40 ke 21 tahun

  • OLEH Najib
  • 6:19 pm
  • 06/11/2020
  • Komen
Belanjawan 2021: BSH ditukar ke BPR, had umur bujang turun dari 40 ke 21 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam Belanjawan 2021, kerjaan akan melaksana bantuan tunai secara lebih bersasar, bermula dengan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Ia mensasarkan kepada lebih banyak kategori pendapatan dan usia.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang dari RM2,500 akan menerima tunai RM1,200 jika mempunyai seorang anak, dan tunai RM1,800 jika mempunyai dua orang anak atau lebih.



Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000, akan menerima tunai RM800 jika mempunyai seorang anak, dan tunai RM1,200 jika mempunyai dua orang anak atau lebih.

Tidak ketinggalan untuk isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000, akan menerima tunai RM500 jika mempunyai seorang anak, dan tunai RM750 jika mempunyai dua orang anak atau lebih.



Untuk bujang pula, kerajaan telah menurunkan had umur kelayakan individu dari 40 tahun kepada 21 tahun. Mereka yang bujang dan berpendapatan RM2,500 ke bawah, akan menerima tunai sebanyak RM350.

Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion, berbanding BSH sebelum ini yang meliputi 4.3 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Tags: Bantuan Sara HidupBelanjawan 2021
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Belanjawan 2021: BSH ditukar ke BPR, had umur bujang turun dari 40 ke 21 tahun

Belanjawan 2021: BSH ditukar ke BPR, had umur bujang turun dari 40 ke 21 tahun

6 November 2020
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN