• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme mahu lancar satu lagi telefon bajet dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 18W

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 17/11/2020
  • Komen
Realme mahu lancar satu lagi telefon bajet dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 18W
Share on FacebookShare on Twitter

Realme dilihat mahu meneruskan penguasaan mereka sebagai pengeluar utama telefon kelas permulaan di Malaysia, apabila mengumumkan akan melancarkan satu lagi model telefon pintar mampu milik minggu hadapan. Dikenali sebagai Realme C15, ia akan dilancarkan pada hari Rabu, 24 November 2020.

Majlis pelancaran ini boleh disaksikan oleh semua kerana ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Realme Malaysia. Strim acara ini akan dimulakan pada pukul 12 tengah hari.



Dari gambar yang dikongsikan Realme Malaysia, Realme C15 adalah telefon dengan tenaga besar kerana memiliki bateri 6,000mAh, antara terbesar boleh didapati di telefon pintar masakini. Realme C15 turut menyokong pengecasan pantas 18W.

Spesifikasi penuh Realme C15 boleh dirujuk dari negara jiran, kerana ia telah dilancarkan di Indonesia dan Filipina. Secara kasar, Realme C15 adalah naik taraf dari Realme C12 iaitu tambahan pengecasan pantas 18W dan kamera ultra lebar.



Spesifikasi Realme C15

  • Spec Realme C12
  • Spec Realme C15
Spec Realme C12 vs Realme C15

Realme C15 dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G35, RAM LPDDR4x antara 3GB dan 4GB, serta storan antara 64GB dan 128GB. Skrinnya bertakuk kecil, seluas 6.5-inci dengan resolusi HD 720p. Tiada kadar penyegaran dinyatakan, jadi boleh dirumuskan ia hanya 60Hz.

Ia ada empat kamera di belakang iaitu kamera utama 13MP F2.2, kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera hitam putih 2MP F2.4 dan kamera retro 2MP F2.4. Kamera hadapan di dalam takuk menggunakan lensa 8MP F2.0. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang.

Tarikan utamanya sudah pasti adalah bateri terlampau besar 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W (9V/2A). Malangnya ia masih menggunakan port mikroUSB untuk mengecas.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C15 iaitu perak dan biru.

Mediatek atau Snapdragon?

Satu perkara menarik tentang Realme C15 di India adalah, ia ditawarkan dengan dua kuasa pemproses, Mediatek Helio G35 dan Snapdragon 460. Malah, harganya juga sama. Tetapi Malaysia dijangka akan menerima versi Mediatek Helio G35 kerana ia adalah model yang dijual di Indonesia dan Filipina.

Senarai Realme C15 di India

Anggaran Harga

Untuk menjangkakan harga jualannya, kita boleh membandingkan dengan Realme Indonesia seperti berikut:

  • Realme C17 (6GB+256GB) – IDR 2.799.000 (~RM816)
  • Realme C12 (3GB+32GB) – IDR 1.899.000 (~RM553)
  • Realme C11 (2GB+32GB) – IDR 1.599.000 (~RM466)
  • Realme C15 (3GB+64GB) – IDR 1.999.000 (~RM583)
  • Realme C15 (4GB+64GB) – IDR 2.199.000 (~RM641)
  • Realme C15 (4GB+128GB) – IDR 2.499.000 (~RM729)
Harga telefon Realme di Indonesia

Untuk harga rasmi siri Realme C yang telah dilancarkan di Malaysia, adalah seperti berikut:

  • Realme C17 (6GB+256GB) – RM899
  • Realme C12 (3GB+32GB) – RM529
  • Realme C11 (3GB+32GB) – RM459
  • Realme C11 (2GB+32GB) – RM429
  • Narzo 20 (4GB+64GB) – RM699

Secara kasar, dapat dilihat harga di Malaysia lebih murah sedikit dari Indonesia. Oleh itu, kami menjangka harga jualan untuk Realme C15 di Malaysia seperti berikut:

  • Realme C15 (3GB+64GB) – RM549
  • Realme C15 (4GB+64GB) – RM599
  • Realme C15 (4GB+128GB) – RM699

Adakah jangkaan kami ini tepat? Lebih menarik lagi, adakah Realme C15 ini mahu menyaingi Narzo 20 kerana spec yang serupa, kecuali di kuasa pemproses Mediatek Helio G85?

Kita nantikan pengumuman rasmi dari Realme Malaysia pada 24 November nanti.

[Sumber: Realme]

Tags: RealmeRealme C15
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme mahu lancar satu lagi telefon bajet dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 18W

Realme mahu lancar satu lagi telefon bajet dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 18W

17 November 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN