• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Hawaya, aplikasi mudah mendapatkan jodoh serasi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:23 pm
  • 18/11/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Masih bersendirian dan sedang mencari pasangan hidup? Anda boleh menggunakan aplikasi Hawaya yang didatangkan dari Mesir ini. Ia khusus untuk individu Muslim lelaki dan wanita yang ingin mencari jodoh dengan cara yang mudah dan selamat. Ianya juga masih mengekalkan budaya tradisional tetapi dalam keadaan moden.

Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada tahun 2017 sebagai cara untuk membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang selesa. Menurut Sameh Salleh, aplikasi ini juga diwujudkan dengan menitikberatkan dan menghormati kehendak budaya dan tradisi Islam.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hawaya Sameh Salleh

Satu kajian pada tahun 2017 mendapati, 3 daripada 10 rakyat Malaysia adalah mereka yang masih aktif menggunakan ataupun pernah menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian. Ini menunjukkan bahawa 29% rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencari bakal pasangan mereka menerusi aplikasi atas talian.

Cara menggunakan Hawaya

  1. Muat turun aplikasi Hawaya di Apple App Store atau Google Play Store
  2. Anda akan diberi pilihan sama ada ingin meneruskan pendaftaran dengan menggunakan data Facebook atau nombor talifon
  3. Isi data seperti nama, jantina dan lokasi. Data yang diperlukan tidak banyak dan tidak rumit untuk diisi.
  4. Gambar profile perlu diletakkan dan pengguna wanita mempunyai pilihan untuk ‘blur’ foto tersebut sebagai langkah untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa hubungi. Pengguna dibenarkan untuk memuat naik banyak foto dan semua foto boleh di’blur’kan sebagai langkah keselamatan. Gambar sememangnya akan kelihatan samar selepas diblur.
  5. Setiap pengguna perlu melalui proses ‘selfie’ bagi menapis profil palsu.
  6. Anda akan mendapat pengesahan dan boleh mula mencari pasangan. Pengguna akan diberikan pilihan pasangan dalam kawasan Negeri yang sudah pengguna tetapkan.

Hawaya dijamin selamat kerana pengguna boleh mengaktifkan fungsi ‘Guardian’ untuk melibatkan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai bagi turut serta dalam perbualan bersama individu yang dikenali diaplikasi ini.



Menarik tentang Hawaya

  • ‘Exclusive Mode’: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Perbualan bersama individu lain akan dinyahaktifkan serta-merta. Pengguna akan mendapat peluang berbual dengan lebih mendalam.
  • Hawaya membantu pasangan di dalam ‘Exlusive Mode’ dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan sebagai membantu pengguna mengambil langkah pertama. 

Menurut pencipta aplikasi Hawaya, privasi dan keselamatan pengguna merupakan keutamaan mereka. Bagi anda yang masih bujang, jangan ketinggalan untuk memuat turun aplikasi ini.

[Sumber: Hawaya]

Tags: Hawaya
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Hawaya, aplikasi mudah mendapatkan jodoh serasi

18 November 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER