• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Capaian Internet luar bandar lemah, Kuala Ketil dijanjikan menara telekomunikasi awal 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:55 pm
  • 19/11/2020
  • Komen
Harga internet akan turun hingga 25% tapi ia tidak selesaikan masalah rakyat majoriti
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini, institusi pengajian tinggi dan sekolah terpaksa ditutup. Oleh sebab itu, pelajar perlu bergantung kepada akses Internet secara menyeluruh untuk terus mengikuti kelas harian. Namun begitu, kekangan pasti wujud khususnya kepada pelajar yang mempunyai kadar capaian internet yang lemah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Capaian internet yang lemah di Kampung Tembak B, Kuala Ketil membuatkan beberapa orang pelajar yang menetap di situ, sukar mengikuti kelas secara dalam talian yang disediakan oleh pihak sekolah dan Universiti. Ini mengakibatkan mereka banyak ketinggalan dalam mata pelajaran. Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM, hal ini amat membimbangkan mereka.



Sumber gambar: Utusan

Baru-baru ini tular di media mengenai seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, Muhammad Saiful Izwan Mohamad Hilmi, 21. Dia terpaksa memanjat pokok untuk memasang router wifi bagi mendapatkan capaian Internet yang baik untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Tetapi ini masih tidak menyelesai masalah terutama ketika waktu puncak, kerana talian akan tetap terganggu.

Setelah isu tersebut mendapat perhatian media, beberapa pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi telah melakukan pemeriksaan kelajuan capaian internet di kawasan kampung berkenaan.



Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Wan Romani Wan Salim menjelaskan sebanyak 25 menara komunikasi baharu sedang dalam proses pembinaan di seluruh negeri Kedah di bawah pelan Jalinan Digital Negara (Jendela). Ianya dijangka siap dan beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama 2021.

Exco Kedah, Wan Romani Wan Salim. Sumber gambar: Twitter

Satu daripada 25 menara tersebut akan turut menyelesaikan masalah capaian internet di Kampung Tembak B, Kuala Ketil. Ia akan dibina di Kampung Charok Beras yang berada dalam radius tiga kilometer dari kapung tersebut

Pembinaan itu merupakan salah satu langkah penambahbaikan jaringan telekomunikasi untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di negeri Kedah.

Dengan inisiatif yang dilakukan ini, diharapkan tiada lagi golongan yang tercicir daripada mendapatkan capaian internet untuk berkomunikai secara berterusan dan meluas dari luar kawasan.

[Sumber: Utusan, BH]

Tags: SKMMtelkomunikasi malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Harga internet akan turun hingga 25% tapi ia tidak selesaikan masalah rakyat majoriti

Capaian Internet luar bandar lemah, Kuala Ketil dijanjikan menara telekomunikasi awal 2021

19 November 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN