Tronsmart ialah salah satu pengeluar powerbank terkemuka. Mereka baru saja menandakan kemunculan rasmi mereka di Malaysia baru-baru ini. Sungguhpun begitu, sebelum kehadiran rasmi mereka, produk Tronsmart sudahpun berada dalam pasaran kita.
Powerbank adalah satu keperluan dalam era ini. Ia membantu kita membekalkan jus tenaga pada peranti semasa kita berada di luar. Bagi kebanyakkan pengguna, memilih powerbank adalah semudah melihat angka yang mendahului unit mAh untuk mengetahui kapasitinya.
Namun, powerbank, seperti anda memilih telefon, tetap memerlukan timbang tara si pengguna dalam proses membelinya.
Satu produk powerbank dari Tronsmart telah tiba di meja editor kami yang diberi nama Tronsmart Presto 10,000 (10k) mAh. Apa bezanya powerbank ini dengan lambakkan produk yang hampir serupa dalam pasaran sekarang? Teruskan membaca.
Rekaan
Sekilas pandang powerbank ini, Presto 10k mAh memiliki rupa yang unik berbanding yang lain. Kita biasa lihat powerbank berbadan besi sepenuhnya ataupun berbadan plastik sepenuhnya. Tapi, badan Presto 10k mAh diselaputi lapisan getah sepenuhnya.
Badan yang diliputih getah memberi lebih cnegkaman semasa memegangnya. Semasa berada di dalam beg juga ia tidak terpelantik ke sana ke mari semasa bergerak. Maka, ia mengurangkan powerbank ini mencalari barangan sekitarnya.
Sungguhpun kemasan ini saya rasa lebih baik daripada besi yang licin, lapisan getah akan mereput seiring dengan masa. Saya memiliki sebuah speaker yang menggunakan lapisan getah yang serupa dan ia kini mereput dan tertanggal dengan sedirinya dan kini speaker itu kelihatan comot. Saya harap keadaan ini hanya berlaku selepas bateri Presto 10k sudah luput.
Untuk mengecas keluar, terdapat dua port USB disediakan. Salah satu port itu menyokong Quick Charge 3.0 (QC3.0) dan yang satu lagi ada teknologi proprietari VoltIQ yang dibangunkan Tronsmart. Ia akan mengoptimumkan arus yang dihantar kepada peranti mengikut keperluannya. Ia mengelakkan peranti daripad terlebih ataupun terkurang cas.
Lebih menarik, selain QC3.0, Presto 10k turut menyokong piawaian pengecasan pantas Huawei FCP.
Untuk memeriksa baki bateri yang masih tinggal didalamnya, anda boleh menekan butang pada bahagian sisi powerbank dan empat LED akan menyala bergantung pada jumlah tenaga yang tinggal. Ada empat lampu LED untuk mewakili 100% kapasiti, maka satu LED mewakili 25% kapasiti.
Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan pada powerbank ini adalah seperti:
- Perlindungan daripada lebihan voltan, arus, dan suhu melampau
- Perlindungan daripada litar pintas
- Jaminan selama 18 bulan
[nextpage title=”Pengalaman Guna & Kesimpulan”]
Secara ringkasnya, Presto 10k beroperasi seperti yang diiklan. Ia mengecas pantas Sony XA2 Ultra serta Huawei P10 Pro tanpa sebarang masalah.
Salah satu ciri menarik yang saya suka pada Presto 10k ini adalah keupayaannya untuk dicas pantas. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus pada kotak produk ataupun laman web, saya dapati ia boleh dicas pantas menggunakan blok QC 3.0.
Port mikro-USB yang bertindak sebagai pintu masuk arus mengecas mampu menerima tenaga elektrik pada kadar seperti berikut:
- 5V/3A (15W)
- 9V/2A (18W)
- 12V/1.5A (18W)
Saya memiliki satu lagi produk Tronsmart iaitu pengecas dinding W3PTA. Ia memiliki sejumlah 3 port USB dan salah satunya menyokong pengecasan pantas QC 3.0. Apabila saya menyambungkan powerbank ini kepada port QC 3.0, bacaan yang ditunjukkan oleh meter pemantau tenaga USB menunjukkan 9.2V dan 1.63A ataupun sekitarn 14.99W.
Kemudian saya menyambung pula powerbnak kepada port bukan QC 3.0 dan bacaan meter menunjukkan 5.0V dan 1.95A ataupun 9.75. Perkara yang boleh saya simpulkan disini adalah QC 3.0 menyalirkan 52.7% lebih wattage kepada powerbank ketika dicas. Hal ini pastinya menyumbang kepada kadar mengecas powerbank.
Kesimpulan
Tronsmart Presto 10k mAh dijual pada harga RM139 ia adalah harga yang munasabah pada pandangan saya. Untuk perbandingan, sebuah Xiaomi Power Bank Pro dengan kapasiti yang serupa dijual pada harga RM129. Untuk tambahan RM10, anda menerima satu lagi port USB untuk mengecas keluar.
Lebih baik, jaminan 18 bulan yang ditawarkan pihak Tronsmart Malaysia adalah tiga kali lebih panjang daripada yang ditawarkan Xiaomi.
Jangan lupa untuk turut periksa satu lagi produk Tronsmart yang saya nyatakan dalam artikel ini. Tronsmart W3PTA akan melengkapkan pengalaman ber-Tronsmart anda kerana ia menyediakan 3 port mengecas dengan salah satunya boleh mengecas pantas Presto 10k mAh. Ia berharga RM89.
Jika anda berminat untuk memiliki salah satu daripadanya, anda boleh mendapatkannya di Lazada melalui pautan ini: