• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diminta nombor TAC, anda mungkin sasaran Scammer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:13 pm
  • 19/11/2020
  • Komen
Diminta nombor TAC, anda mungkin sasaran Scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Jenayah kelicikan penipuan kewangan atau scammer dalam talian boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian besar. Ini kerana wang kepunyaan mangsa boleh lesap ke tangan penjenayah dengan sekelip mata sahaja.

Pelbagai kaedah yang digunakan dalam modus operandi ini. Suspek akan meminta mangsa untuk memindahkan wang terus ke akaun mereka dan wujud juga taktik meminta nombor One-Time Password (OTP) atau Type Allocation Code (TAC) yang diterima mangsa kepada mereka.



Satu kes penipuan wang berlaku di Yan Kedah pada 18 November 2020 melibatkan seorang pengusaha kilang kopi. Mangsa yang berusia 63 tahun itu mengalami kerugian sebanyak RM88,379.94.

Mangsa dihubungi oleh suspek yang menggunakan nama ‘Nurhidayah’ melalui panggilan telefon. Suspek mengatakan bahawa nombor telefon mangsa itu sudah didaftarkan ke atas akaun ‘Go Payz’ miliknya. Bagi tujuan mengemaskini akaun itu, suspek meminta mangsa memberikan nombor OTP atau TAC yang mangsa terima. Malangnya, mangsa memberitahu kesemua nombor OTP tersebut kepada suspek.



Suspek menyedari wang miliknya hilang setelah dihubungi oleh pihak bank, kerana pemindahan wang yang terlalu banyak ke dalam akaun pihak ketiga.

Perkara yang hampir sama juga dilalui oleh individu bernama Nur Khairunnisa Shaharom pada awal Oktober lalu. Melalui satu perkongsian di Facebook, dia menceritakan pengalamannya yang hampir menjadi mangsa scam. Suspek menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan meminta dia memberikan nombor TAC.

Menurutnya lagi, suspek meminta nombor TAC berkali-kali namun dia menolak dari memberinya. Akhirnya dia bertindak menyekat nombor tersebut. Keesokan hari Khairunnisa cuba mengeluarkan duit dari akaunnya melalui mesin ATM namun gagal. Dia juga cuba melakukan transaksi atas talian melalui akaun banknya tetapi tidak berjaya.

Katanya lagi, scammer tersebut telah cuba menggodam akaun banknya namun tindakan itu segera disekat oleh Maybank.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang memilliki akaun bank dan memiliki akses online banking. Nombor TAC atau OTP amat penting dan itu merupakan salah satu ciri-ciri keselamatan. Nombor itu juga bertujuan mengelakkan akaun bank anda daripada diterjah masuk oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut laporan pihak berkuasa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 4 Ogos sahaja sebanyak 1,001 kes Macau Scam diterima melibatkan kerugian RM50 juta. Manakal tipu khidmat pesanan ringkas SMS sebanyak 91 kes dan melibatkan kerugian berjumlah RM800,000.

Masyarakat perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan isu ini. Jangan panik dan cuai dalam menanganinya.

[Sumber: Sinar, BH, Facebook]

Tags: SCAMscam malysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Diminta nombor TAC, anda mungkin sasaran Scammer

Diminta nombor TAC, anda mungkin sasaran Scammer

19 November 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN