• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone X kembali di Maxis Zerolution dengan syarat jauh berbeza

  • OLEH Najib
  • 4:19 pm
  • 12/03/2018
  • Komen
iPhone X kembali di Maxis Zerolution dengan syarat jauh berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Maxis telah berhenti menawarkan iPhone bersama program Zerolution. Untuk mendapatkan iPhone bersama pelan Maxis sebelum ini, hanya melalui kontrak biasa 24-bulan.

Hari ini, iPhone X telah tersenarai semula di dalam program Maxis Zerolution, tetapi dengan syarat dan terma yang jauh berbeza dari sebelumnya.



Program Zerolution sebelum ini adalah cara mudah memiliki telefon pintar baru, kerana pengguna tidak perlu menghulurkan wang pendahuluan serta boleh membayar harga peranti secara ansuran bulanan tanpa perlu kad kredit. Masuk kedai Maxis, boleh keluar berlenggang dengan telefon baru.

Tetapi program Zerolution untuk iPhone X yang baru kali ini memerlukan kad kredit semasa pendaftaran. Jika disemak terma dan syarat, bayaran bulanan ini dibuat dalam bentuk pelan ansuran mudah atau EPP dari kad kredit.



iPhone X 64GB

iPhone X 256GB

iPhone X 64GB yang berharga RM5,149 termasuk GST, boleh dimiliki pada harga RM153 sebulan bersama MaxisONE Plan 128 dalam program Zerolution. Bermakna RM3,672 untuk 24 bulan sebelum GST. Manakala iPhone X 256GB pula serendah RM163 sebulan bersama MaxisONE Plan 188, atau RM3,912 selama 24 bulan sebelum GST. Harga ini belum termasuk pelan pascabayar bulanan.

Selain memerlukan kad kredit, perbezaan paling ketara bagi Zerolution ini adalah tiada lagi tawaran naik taraf telefon baru selepas 12 bulan. Telefon baru hanya boleh ditukar selepas tamat kontrak, atau membayar baki harga peranti lama untuk pemberhentian awal kontrak.

Zerolution dengan iPhone X kini bermakna tiada deposit sahaja. Ia juga hanya ditawarkan di kedai Maxis. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, semak laman iPhone X di Maxis.

Tags: iPhone XiPhone X ZerolutionmaxisZerolution
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
iPhone X kembali di Maxis Zerolution dengan syarat jauh berbeza

iPhone X kembali di Maxis Zerolution dengan syarat jauh berbeza

12 March 2018
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER