• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Chimera Painter boleh tukar contengan anda jadi raksasa epik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 24/11/2020
  • Komen
Chimera Painter boleh tukar contengan anda jadi raksasa epik
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ada anak-anak yang suka menconteng, cuba perkenalkan pada Chimera Painter, manalah tahu imaginasinya boleh direalisasikan. Program ini adalah hasil tangan sekumpulan penyelidik di Google.

Ia memanfaatkan kecerdasan buatan untuk meneka apakah rupa raksasa contengan ini berdasarkan data-data yang telah disuap pembangunnya. Program ini menggunakan konsep Machine Learning (ML) yang menumpukan pada Generative Adversarial Network (GAN).



Asasnya, dalam GAN, akan ada lebih daripada satu AI berlawan antara sesama sendiri untuk hasilkan output yang dirasakan paling hampir dengan kehendak manusia. Dalam kes ini, raksasa jadian.

Sebenarnya, Chimera Painter ini adalah sebahagian daripada sebuah projek mega yang dibangunkan Google.



Semasa acara Google Games Dev Summit, salah seorang penyelidik Google Stadia membentangkan apa yang sedang mereka bangunkan untuk memperkasa golongan pembangun permainan.

Mereka miliki objektif ingin membangunkan permainan yang tidak dihadkan kepada aset prahasil pembangunnya. Sebaliknya, teknologi kecerdasan buatan dimanfaatkan untuk jana aset-aset baru daripada bahan-bahan sedia ada.

Chimera Painter ini adalah salah satu daripadanya. Dalam contoh yang dikongsikan, raksasa-raksasa unik dijana secara masa nyata apabila pemain menggabungkan dua raksasa. Uniknya, latar belakang aset baru juga dijana secara automatik.

Tags: chimera painterGoogle
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Chimera Painter boleh tukar contengan anda jadi raksasa epik

Chimera Painter boleh tukar contengan anda jadi raksasa epik

24 November 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN