Menurut satu laporan berita, Apple akan mula memasang iPad di luar China buat pertama kalinya. Ia adalah salah satu usaha syarikat untuk mengurangkan kebergantungan kepada China sebagai hub pengeluaran. Kontraktor pemasangan iPad, Foxconn katanya akan menggunakan kemudahan kilang mereka yang terletak di Veitnam.
Bukan sahaja iPad, akan ada juga MacBook yang dipasang di Vietnam sebelum Julai 2021. Menurut sumber, kilang pemasangan yang dikenal pasti adalah terletak di Bac Giang yang terletak lebih kurang 50 kilometer daripada Hanoi.
Dalam hal yang berkaitan, Foxconn sudah pun memulakan pemasagan iPhone SE di kilang yang terletak di Chennai dalam tahun 2020. Pemasangan iPhone di luar China sebenarnya dah bermula sejak 2018 lagi apabila negara tersebut mula memasang iPhone 6S.
Skrip yang sama juga boleh anda lihat pada Nintendo seperti yang kami laporkan semalam. Ada antara konsol Nintendo Switch akan dipasang dalam negara Malaysia tak lama lagi apabila kontraktor pemasangannya yang juga Foxconn telah memanfaatkan lebihan kapasiti pengeluaran dalam salah satu kilang subsidiari mereka.
[Sumber: 9to5Mac]